NPNG Damansara Damai FC vs CABJ FC

Masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah mereka, NPNG menuju ke perlawanan minggu ini menentang CABJ FC dalam mood terbaik dimana mereka membelasah Subang City FC dengan keputusan 5-0 pada perlawanan minggu lalu. Manakala lawan mereka pula menelan satu lagi kekalahan dan kali ini tewas di tangan KV United.

Saya berpendapat NPNG akan mendominasi perlawanan ini dan akan keluar sebagai pemenang.

Ramalan saya: NPNG Damansara Damai 3-0 CABJ FC

 

Klang Valley United vs Kajang AZS

KV United berjaya mencatat kemenangan sulung dalam siangan SCL 2018 apabila mereka menundukkan CABJ FC dengan keputusan 3-1. Manakala lawan mereka tidak beraksi minggu lalu namun berjaya mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir kumpulan dengan menewaskan CABJ pada minggu keempat.

Perlawanan yang menarik diantara kedua-dua pasukan memandangkan keduanya berada dalam prestasi terbaik

Ramalan saya: KV United 2-2 Kajang AZS

 

Klang Southern vs Puchong Fuerza

Puchong Fuerza tidak beraksi pada minggu kelima namun mereka berjaya mencatat kemenangan dengan menewaskan Banting Naga pada minggu keempat. Manakala Klang Southern pula hanya merah keputusan seri ketika menentang Banting Naga FC minggu lalu.

Saya merasakan kita akan disajikan satu permainan bola sepak yang mantap kerana kedua-dua pasukan mempunyai kelebhan yang tersendiri terutamanya di bahagian serangan.

Ramalan saya: Klang Southern 2-3 Puchong Fuerza

 

Axis O2 PJ FC vs Banting Naga FC

Axis akhirnya mempamerkan aksi bola sepak sebenar mereka apabila terus mencatat kemenangan selepas menewaskan Paya Jaras Hiliran minggu lalu dengan keputusan 3-0. Lawan mereka, Banting Naga FC pula hanya mampu seri ketika menentang Klang Southern FC minggu lalu.

Dengan prestasi semasa Desmond Amadi dan Shafeez Ibrahim, saya berpendapat Axis akan meneruskan rentak kemenangan mereka.

Ramalan saya: Axis O2 PJ FC 3-1 Banting Naga FC

Cheras Raptors vs KRU Port Klang

Cheras berjaya mengutip satu mata pada perlawanan menentang Duta ZXIV minggu lalu dalam satu perlawanan yang penuh dengan kontroversi. Manakala KRU Port Klang FC pula mencatat kemenangan tipis keatas Gombak Hypernova pada perlawanan minggu ke-5.

Perlawanan diantara Raptors dan KRU ini saya anggap menjadi “game of the week” kerana kedua-dua pasukan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Raptors dengan kekuatan ketika bertahan manakala KRU pula memiliki barisan serangan yang kuat.

Ramalan saya: Cheras Raptors 3-3 KRU Port Klang FC

 

Gombak Hypernova vs Subang City FC

Kedua-dua pasukan mengalami kekalahan pada perlawanan SCL 2018 minggu yang kelima. Hypernova tewas tipis di tangan KRU Port Klang manakala Subang City FC dibelasah 5-0 oleh NPNG Damansara Damai.

Melihat kepada prestasi semasa Hypernova, Subang dijangka mampu untuk memenangi perlawanan ini. Namun, harus diingatkan bahawa Hypernova ketika ini sedang terdesak untuk mencari mata pertama  dalam saingan SCL 2018.

Ramalan saya: Subang City FC 2-2 Gombak Hypernova

 

ABMK vs Paya Jaras Hiliran

ABMK masih lagi gah dengan rekod tanpa kalah dalam saingan SCL 2018 setakat ini. Mereka menduduki tangga ketiga kumpulan A dengan kutipan 7 mata manakala lawan mereka, PJH FC masih lagi gagal untuk mengutip sebarang mata dan berada di tangga tercorot.

Saya berpendapat ABMK akan terus mengekalkan rekod tanpa kalah mereka untuk seminggu lagi.

Ramalan saya: ABMK 2-0 PJH FC

Leave a Reply

P