Duta ZXIV vs Gombak Hypernova

Kedua-dua pasukan mengalami kekalahan pada perlawanan minggu ke-3 SCL 2018. Gombak Hypernova tewas tipis kepada Cheras Raptors dengan keputusan 2-1 manakala ZXIV pula tewas kepada NPNG Damasara Damai FC dengan keputusan 2-0.

Kedua-dua pasukan sudah pasti akan turun dengan kemenangan dalam minda mereka dan saya berpendapat ZXIV bakal muncul sebagai pemenang dalam perlawanan ini.

Ramalan saya: ZXIV 2-0 Hypernova

 

CABJ vs Kajang AZS

CABJ dan Kajang AZS mencatat keputusan seri ketika perlawanan minggu kedua ketika kedua-dua pasukan menentang Subang City FC dan KRU Port Klang FC. Masih lagi belum mencatat kemenangan, sudah pasti kedua-dua pasukan mahu mencari tiga mata penuh minggu ini.

Akan tetapi, saya merasakan CABJ dan Kajang AZS mempunyai kekuatan yang seimbang.

Ramalan saya: CABJ 1-1 Kajang AZS

 

Naga FC vs Puchong Fuerza

Banting Naga dan Puchong Fuerza masing-masing berada dalam prestasi terbaik mereka apabila berjaya mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir. Kekuatan di bahagian serangan akan dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh kedua-dua pasukan pada perlawanan Sabtu ini khususnya bagi Puchong yang bakal dibarisi oleh Afiz Azmi yang menjadi antara penyerang terbaik minggu lalu.

Ramalan saya: Naga FC 1-2 Puchong Fuerza

Gombak FC vs ABMK

Akademi Bola Sepak Merah Kuning (ABMK) masih lagi belum merasa kekalahan dalam saingan SCL musim 2018. Manakala pasukan Gombak FC pula sudah tewas sebanyak dua kali setakat ini setelah berjaya mengejutkan Puchong Fuerza pada minggu pertama.

Saya berpendapat ABMK akan meneruskan rentetan kemenangan mereka pada perlawanan minggu keempat ini.

Ramalan saya: ABMK 2-0 Gombak FC

 

Subang City FC vs KV United

Subang City dan KV United masih lagi belum merasai kemenangan setakat ini dalam saingan SCL 2018. Kedua-dua pasukan masing-masing mencatat satu keputusan seri dan satu kekalahan.

Barisan serangan yang tumpul sedikit-sebanyak membuatkan kedua-dua pasukan bermula denga nagak perlahan dalam saingan musim ini.

Ramalan saya Subang City FC 1-1 KV United

KRU FC vs NPNG FC

KRU FC dan Damansara NPNG FC antara pasukan yang masih lagi belum tewas dalam saingan SCL 2018 di samping pasukan ABMK.  Saya berpendaat permainan yang akan ditampilkan kedua-dua pasukan bakal menjadi “Game of The Week” kerana kualiti barisan pemain yang mereka miliki khususnya di bahagian serangan.

Ramalan saya: KRU2-3 NPNG

 

PJH FC vs Southern FC

Paya Jaras Hiliran FC masih lagi gagal untuk mencatat kemenangan setakat ini manakala Southern pula berjaya mencatat satu kemenangan dan satu seri. Dengan barisan serangan yang tidak menjadi ditambah pula bahagian pertahan yang mudah dibolosi, saya merasakan PJH bakal berdepan cabaran besar apabila turun menentang Souuthern.

Ramalan saya: PJH FC 0-2 Southern

 

Nota Kaki: Ramalan ini ditulis khas oleh penulis Inikan Bola yang merupakan rakan media rasmi SCL2018.

 

Leave a Reply

P