Untuk pusingan akhir kelayakan Selangor Champions League 2018 yang melibatkan 8 pasukan, Football Selangor menjemput 3 individu dari Semuanya Bola, Padang Bola Sepak serta Inikan Bola untuk membuat tilikan pasukan mana yang bakal menang sekaligus layak ke SCL2018. Jom kita baca tilikan mereka

 

TILIKAN AHMAD MUZAMMIL (SEMUANYA BOLA)

MPKJ THE LIONS VS GLORYKOPS

Kedua-dua pasukan mengharungi 3 perlawanan peringkat playoff sebelum ini dengan mudah. MPKj menjaringkan 17 gol manakala Glorykops pula 16 gol. Jadi apabila kedua-dua pasukan ini bertemu, saya menjangkakan ia perlawanan yang akan menyaksikan banyak gol. Kedua-dua pasukan akan saling menyerang, tetapi nasib akan menjadi pemisah kedua-dua pasukan ini. Dan saya merasakan Glorykops akan lebih bernasib baik nanti.

Ramalan: MPKj The Lions 3-4 Glorykops

CHERAS RAPTORS VS FC JELONG MUDA

Meskipun kehilangan beberapa pemain utama mereka yang beraksi bersama dalam kempen KVL Super League musim 2018 baru-baru ini, Cheras Raptors membuat persediaan yang cukup baik dengan membawa pemain-pemain baru yang berkualiti seperti penyerang, Khairul Anuar dan pertahanan tengah, Mohd Syahlan. Tetapi menentang FC Jelong Muda, pertahanan Raptors perlu berada dalam tahap terbaik kerana jentera serangan Jelong Muda sangat tajam. Saya menjangkakan perlawanan sengit tetapi kualiti pemain berpihak kepada Raptors.

Ramalan: Cheras Raptors 2-1 FC Jelong Muda

 

BU EAGLES VS KRU

KRU jelas pasukan pilihan dalam pertemuan ini. Kualiti pemain yang mereka ada di semua bahagian sangat mengagumkan. Kehadiran beberapa bekas pemain FAS Super League dan PIB, naib juara SCL2017 juga sangat membantu mereka. Tetapi BU Eagles yang rata-ratanya dianggotai oleh pemain-pemain Level Up tidak boleh dipandang rendah. Saya masih ingat bagaimana mereka mengejutkan pasukan-pasukan gergasi pada edisi tahun lepas. Bagaimanapun di atas kertas, KRU sepatutnya menang.

Ramalan: BU Eagles 1-3 KRU

NADI TYD VS ABMK

Nadi TYD membuktikan mereka serius mahu layak ke SCL2018 dengan memenangi ketiga-tiga perlawanan peringkat playoff sebelum ini. Tetapi menentang ABMK, barulah mereka akan bertemu dengan seteru yang sebuku seruas. ABMK pula – di sebalik nama mereka sebagai akademi – diperkuatkan dengan beberapa pemain berpengalaman yang berkualiti seperti Aidil Aziz dan Fazli Baharuddin. Jentera serangan mereka juga dijangka akan memberi masalah kepada pertahanan Nadi TYD.

Ramalan: Nadi TYD 1-2 ABMK

 

 

TILIKAN KHALILUL (PADANG BOLA SEPAK)

MPKj V GLORYKOPS

 Champions of South Selangor League 2018, MPKJ The Lions have impressed a lot of neutrals with their free flowing display on the pitch. Same goes to Glorycops UFC. Both teams impressively feed the fans who tuned in with a high return of goals. Should be a pulsating game to tune in. Despite having scoring a lot during the group stages, this do or die match could be a compact match where either to not want to miss out on a spot in the Selangor Champions League 2018, possibly safety first then smash and grab when the chance arrive.

Predictions: MPKj 2-1 Glorykops

 

CHERAS RAPTORS V FC JELONG MUDA

Cheras Raptors and FC Jelong Muda have maximised their chances during the groups stages of the Selangor Champions League 2018 playoffs. Going into the final round, both teams are highly motivated to secure qualification to Selangor Champions League 2018. Both teams are capable to convert their chances when given the chance. The team to win it will be the one who will master tactical discipline on and off the ball. It will be a tight game.

Predictions: Cheras Raptors 4-2 Jelong Muda

BU EAGLES V KRU FC

Out of the four final playoff round matches. This will be the most concentrated match of two unyielding teams that wants to be apart of the Selangor Champions League 2018 picture. This will be a close fight of fine margins, base on their track record, seeing them play recently and statistics, prediction 3-2 to KRU FC.

Predictions: BU Eagles 2-3 KRU FC

 

NADI TYD V ABMK

Nadi TYD went undefeated during their league campaign in Puchong Community League (LKP 2018), however missed out on automatic qualification by fine margins. Now looking to prove themselves against ABMK. ABMK meanwhile have similar desires to all the teams in the final round. Hoping to rely on their experience players, like Aidil Aziz and Fazli Baharuddin to give them their edge in this pivotal match. Prediction, AMBK to win, 2-1 against Nadi TYD.

Predictions: Nadi TYD 1-2 ABMK

 

 

TILIKAN MISDIANTO TITO (INIKAN BOLA)

MPKj THE LIONS VS GLORYKOPS

Kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan yang menghasilkan banyak gol dalam saingan peringkat kumpulan. MPJK dengan 17 gol manakala Glorykops menjaringkan 16 gol. Dalam perlawanan peringkat akhir ini kedua-duanya sudah pasti akan saling menyerang. Namun, saya berpendapat kualiti yang dimiliki oleh MPJK satu tahap lebih tinggi berbanding lawan mereka.

Ramalan: MPJK 2-0 Glorykops

 

CHERAS RAPTORS VS FC JELONG MUDA

Cheras Raptors nyata satu pasukan yang sudah membuat persediaan rapi dan 10 gol yang dijaringkan dalam siangan peringkat kumpulan sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka mampu untuk mara ke peringkat yang lebih tingg. Menentang Jelong Muda, saya berpendapat Cheras Raptors mampu untuk mencatat kemenangan namun mereka perlu berhati-hati kerana pemain Jelong Muda dilihat mampu untuk mencipta kejutan:

Ramalan: Cheras Raptors 2-0 FC Jelong Muda

 

BU EAGLES VS KRU

Rekod jaringan BU Eagles sememangnya cemerlang namun barisan pertahanan mereka sedikit merisaukan. Dalam perlawanan peringkat kumpulan, BU Eagles melepaskan 6 gol dan sudah pasti KRU bakal memanfaatkan kesempatan ini untuk mengutip kemenangan. Saya menjangkakan KRU tidak akan berdepan masalah Sabtu ini.

Ramalan: BU Eagles 0-3 KRU

NADI TYD VS ABMK

Nadi berjaya mengharungi perlawanan perigkat kumpulan dengan jayanya apabila mereka menjaringkan 8 gol dan berjaya memastikan pintu gol mereka tidak dibolosi. Namun, menentang ABMK yang mempunyai barisan serangan lebh berbahaya daripada mereka sudah pasti bakal menguji barisan pertahanan Nadi. Saya berpendapat ABMK mampu untuk meraih kemenangan kerana barisan serangan mereka yang diketuai Aidil Aziz yang sangat berkesan.

Ramalan saya: Nadi TYD 0-1 ABMK

 

Kesemua penilik yang merupakan pakar dalam bidang bola sepak amatur telah memberikan tilikan. Mengena atau atau tidak ramalan mereka ini? Kita saksikan pada hari Sabtu ini

Leave a Reply

P