Pembelian Tiket

Tiket-tiket bagi perlawanan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pasukan Selangor boleh dibeli melalui cara-cara berikut:

ONLINE

Tiket bagi semua perlawanan di mana pasukan Selangor bermain sebagai tuan rumah boleh dibeli secara online di Ticket Hotline

Harga tiket melalui pembelian online adalah termasuk tambahan caj perkhidmatan dan GST.

Penjualan secara online akan ditutup sebaik sahaja kuota yang diperuntukkan habis dijual ATAU pada 11.59 malam, sehari sebelum perlawanan. Maklumat berkaitan perkara ini akan dimaklumkan  dari masa ke semasa melalui laman web rasmi dan saluran media sosial FA Selangor.

Peringatan: Bagi pembelian tiket secara online, para penyokong akan diberikan nombor rujukan penebusan tiket. Sila cetak atau bawa nombor rujukan tersebut ke kaunter penebusan tiket pada hari perlawanan.

KAUNTER

Penjualan tiket melalui kaunter di stadium akan dijual bermula pada pukul 4 petang pada hari perlawanan sehingga tiket habis dijual ATAU selewat-lewatnya pada waktu sepak mula separuh masa kedua perlawanan.