13

Mohd Razman Roslan

13

Mohd Razman Roslan

Tinggi
178
Berat
66
Umur
34
Tarikh Lahir
August 14, 1984
Pasukan Terdahulu
Pahang
Warganegara
mas Malaysia
Posisi
PERTAHANAN

2000: Antara 21 orang pemain di Akademi Bolasepak Negeri Selangor pada tahun tersebut, beliau terpilih untuk mewakili pasukan Projek FAM 2004 ketika berada di Tingkatan 4

2002: Didaftarkan bersama skuad Piala Milo B-19 Selangor … Turut bersama di dalam skuad tersebut adalah Syed Adney Syed Hussein dan Adi Putra Omar (abang kepada Asraruddin Putra Omar)

2003: Baru berusia 19 tahun, beliau disenaraikan di dalam skuad Piala Presiden B-21 Selangor

2004: Didaftarkan untuk skuad Piala Presiden, beliau bagaimanapun tidak menunggu lama sebelum dipanggil menyertai skuad utama Merah Kuning … Menjaringkan gol tunggal dan gol pertama dalam kariernya untuk skuad utama Selangor pada minit ke-64 ketika menewaskan Sarawak 1-0 pada aksi kedua Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada 29 Ogos …

2005: Menjaringkan gol pada minit ke-67 bagi membantu menewaskan Brunei 3-2 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 13 Mac

2008: Muncul naib juara Piala Malaysia dan Piala FA

2009: Membantu Merah Kuning menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super

2010: Membantu Selangor mengekalkan Piala Sumbangsih dan kejuaraan Liga Super

2014: Menyempurnakan sepakan penalti pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil sekaligus membantu Pahang menjulang Piala Malaysia menewaskan Johor Darul Ta’zim 5-3 menerusi penentuan penalti selepas perlawanan berkesudahan 2-2 … Ini merupakan piala ketiga beliau buat Pahang pada 2014 selepas turut memenangi Piala Sumbangsih dan Piala FA …  Menggondol anugerah Pemain Pertahanan Terbaik di Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2014 pada November 

2015: Berlaku insiden yang tidak diingini apabila rumah beliau di Kuantan ditembak menyebabkan cermin belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya pecah pada 10 Mac … Walaupun enggan pada mulanya, beliau dilantik selaku kapten skuad Pilihan Malaysia apabila bertemu kelab gergasi Inggeris Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil

2016: Kembali menyarung jersi Merah Kuning bersama-sama jurulatih Zainal Abidin Hassan dan rakan-rakan sepasukan dari Pahang – Mohd Khairulazhan Khalid, Gopinathan Ramachandra dan Mohd Hafiz Kamal

2017: Kembali memakai lilitan lengan kapten Merah Kuning selepas Shahrom Kalam berhijrah ke Perak