KRU Port Klang FC 0-0 Kajang AZS FC

Perlawanan pertama minggu kedua menyaksikan pertembungan di antara KRU Port Klang menentang pasukan Kajang AZS.

KRU Port Klang yang masih lagi segar dengan kemenangan 5-0 ke atas CABJ pada minggu lalu sudah pasti ingin mengekalkan rentak kemenangan manakala Kajang AZS sudah tidak sabar mencari kemenangan pertama selepas tewas 1-4 kepada Duta ZXIV minggu lalu.

Beraksi di bawah terik matahari walaupun hujan membasahi Subang sebelum perlawanan bermula, aksi yang diperagakan sedikit hambar.

Corak permainan lebih baik disajikan pada awal separuh masa kedua apabila dua percubaan berturut-turut berjaya dicipta KRU Port Klang FC sebaik sahaja perlawanan bersambung.

Namun dek kecemerlangan penjaga gol Kajang AZS, Khairil Asyraf menepis segala percubaan KRU Port Klang menyaksikan kedudukan tanpa jaringan kekal hingga tamat perlawanan.

Subang City FC 1-1 CABJ

Aksi diteruskan dengan perlawanan di antara pasukan Subang City FC menentang pasukan CABJ. Ini merupakan perlawanan pertama buat pasukan Subang City FC yang tidak bermain pada minggu lalu.

Subang City FC terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Amirul Aswad Subro pada minit ke-21 selepas mendapat lorongan kemas dari rakan sepasukannya.

Amirul Aswad yang meluru pantas dengan tenang menggelecek penjaga gol CABJ, Amirul Haziq Amran untuk jaringan pertama.

Namun kelebihan itu tidak kekal lama selepas CABJ berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-29.

Gol tersebut terhasil apabila penyerang kelahiran Nigeria, Olatunde Qudus yang berjaya merampas bola dari kawalan pertahanan lawan terus meledakkan gol penyamaan.

Segala usaha yang dikerah para pemain kedua-dua pasukan masih gagal untuk menjelmakan jaringan yang diharapkan untuk perlawanan berkesudahan dengan 1-1.

Gombak FC 0-2 Klang Southern FC

Klang Southern FC memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Selangor Champions League 2018 selepas berjaya menundukkan Gombak FC 2-0 yang mana kedua-duanya hasil jaringan Shahrul Afif.

Dua jaringan tersebut terhasil di separuh masa kedua selepas aksi di babak pertama menerusi gerakan yang diilhamkan Jeremy Matthew Danker dari sebelah kiri pintu gol Gombak FC, How Eng Hua meledakkan satu rembatan padu yang berjaya ditepis Shahrul Iman Ahmad Shukri.

Shahrul Afif Shaharuddin yang tidak dikawal di hadapan gol meledakkan rembatan susulan yang sekaligus mengegar gawang Gombak FC pada minit ke-36.

Pada minit ke 40, sekali lagi Shahrul Iman gagal untuk terus mempertahankan gawangnya dari dibolosi selepas tandukan yang dilakukan Shahrul Afif hasil sepakan sudut dari Jeremy Matthew terus menerjah jaring untuk gol kedua buat Klang Southern FC.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan dengan kemenangan berpihak kepada Klang Southern FC.

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

P