Pendatang baru Selangor Champions League iaitu pasukan NPNG FC bakal membuat penampilan sulung mereka dalam saingan Selangor Champions League (SCL) musim ini.

Pasukan yang bertapak di Damansara Damai itu layak bermain di SCL2018 selepas berjaya menjadi juara Liga Super FAS musim lalu menewaskan pasukan-pasukan yang lain.

 

Meskipun ini merupakan kali pertama NPNG bermain di SCL, pengurus pasukan mereka iaitu Mustaffa Mamat mengatakan bahawa NPNG akan bermain sehabis baik dan memberikan saingan yang sengit kepada pasukan lain.

“Pihak kami menjangkakan saingan yang sengit antara semua pasukan memandangkan semua pasukan adalah juara liga masing-masing,” ujar Mustaffa.

“Kami juga akan menurunkan pemain utama kami bagi memberikan tentangan yang hebat kepada pasukan lawan,” tambahnya lagi.

 

Mustaffa juga menyatakan bahawa kejohanan SCL ini berbeza dengan kejohanan yang pernah NPNG sertai.

“NPNG merasakan mempunyai banyak perbezaan dengan Selangor Super League atau Liga FA memandangkan lebih banyak peraturan-peraturan baru dan promosi media yang sangat hebat.

“Selain itu SCL mengadakan seminar atau bengkel kepada semua pasukan bagi memantapkan pasukan masing-masing dari segi kejurulatihan, pemasaran serta pengurusan.

 

Untuk musim ini, NPNG merasakan AZS FC, Naga FC, Puchong Fuerza, ZXIV FC serta juara bertahan iaitu Axis O2 bakal menjadi pesaing utama kejuaraan.

Juga seperti pasukan-pasukan yang lain, NPNG membuat beberapa pertukaran pemain dengan memasukkan beberapa muka baru selepas terdapat pemain yang terpaksa digugurkan atas faktor kecederaan.

Leave a Reply

P