PENGADIL

PENGADIL KEBANGSAAN

Daftar minat anda

PENGADIL PRA KEBANGSAAN

Daftar minat anda

PENGADIL
KELAS I

Daftar minat anda

PENGADIL
KELAS III

Daftar minat anda

 
LATAR BELAKANG
 

Pembangunan pengadil negeri Selangor merupakan di antara aspek utama yang ditekankan di dalam pembangunan bola sepak di negeri Selangor. Ini kerana pengadil juga memainkan peranan yang besar di dalam sesuatu perlawanan bola sepak. Usaha-usaha yang dijalankan oleh FAS adalah untuk meningkatkan mutu pengadilan setiap pengadil yang bernaung di bawah FAS. Secara tidak langsung, mutu pengadilan di peringkat negara akan dipertingkatkan. Di FAS, terdapat lebih 200 orang pengadil yang berdaftar secara sepenuh masa ataupun separuh masa. Berikut merupakan senarai pecahan pengadil mengikut kategori dan peringkat-peringkat tertentu.

 

Pengadil-pengadil FAS perlu untuk melengkapkan beberapa jumlah minimum perlawanan yang telah ditetapkan mengikut peringkat sebagai syarat untuk terus menjadi pengadil yang bernaung di bawah FAS dan merupakan syarat untuk ke peringkat seterusnya. Menjadi kelebihan bagi pengadil-pengadil yang bernaung di bawah FAS, penganjuran pertandingan di bawah FAS mampu untuk menyediakan jumlah perlawanan yang cukup kepada semua pengadil FAS.

  • Pengadil Tengah FIFA – 2 orang
  • Pembantu Pengadil FIFA – 1 orang
  • Pengadil Futsal FIFA – 1 orang
  • Pengadil Bola Sepak Pantai – 1 orang
  • Pengadil Kebangsaan – 26 orang
  • Pengadil Pra Kebangsaan – 12 orang
  • Pengadil Kelas I – 44 orang
  • Pengadil Kelas III – 98 orang
  • Pengadil Wanita – 2 orang
  • Pengadil Lelaki – 181 orang
  • Jumlah Penilai Pengadil – 16 orang
P