RAMALAN SELANGOR CHAMPIONS LEAGUE MINGGU PERTAMA

 

Axis O2 PJ FC vs Akademi Bolasepak Merah Kuning (ABMK)

Axis O2 PJ FC bakal membuka tirai kempen mempertahankan kejuaraan SCL mereka menentang ABMK yang baru kali pertama menyertai kejohanan berprestij ini. Persiapan O2 sedikit terjejas apabila pemain sayap kiri handalan mereka, Haedar Abdul Halim tidak dapat diturunkan dalam perlawanan ini kerana masih bergelut dengan kecederaan. Jika Farhan Khairul Anuar tidak dapat memberi komitmen dalam perlawanan ini, ABMK bakal mempunyai peluang untuk melakukan kejutan.

ABMK yang layak melalui slot playoff jelas menampilkan kekuatan mereka di bahagian pertahanan dan tengah. P. Surain merupakan tonggak pertahanan ABMK yang bakal diharap mampu mengunci pergerakan penyerang Axis O2 PJ, Desmond Amadi. Di tengah, Taufik Zainal bakal berentap dengan jeneral tengah Axis O2 PJ, Adli Zulgafli yang berbahaya dalam situasi set-piece. Penyerang sayap kiri ABMK, Zul Hilmi pula perlu lebih rajin melindungi Ibnu Hisyam untuk meneutralisasikan bahaya larian overlapping Lucky Ogu.

Klang Southern FC vs MPKj The Lions

Kini telah menyertai SCL buat 3 kali berturut-turut, pengalaman Klang Southern bakal menjadi aset mereka sekali lagi. Pengurus mereka, Gan Chee Lim mungkin akan menyerahkan penguasaan bola kepada MPKj The Lions yang lebih cergas dan pantas. Ini akan memberikan peluang, ruang dan masa kepada penyerang sandaran mereka, Kizito Somadina untuk melancarkan serangan balas. Jika pertahanan MPKj tidak berhati-hati, Kizito seorang mampu menghukum mereka.

MPKj pula baru kali pertama menyertai SCL menerusi slot playoff. Boleh dikatakan kualiti mereka berada pada satu kelas di atas majoriti pasukan di peringkat playoff. Bagaimanapun menentang Klang Southern nanti, MPKj bakal bertemu lawan yang setaraf. Bello Sharafa yang bermaharajalela di peringkat playoff bakal bertemu dengan pertahanan Kalng Southern, Okechukwu George dan penjaga gol, Alif Daniel. Di tengah, Okpe Ukenke akan mendapati dirinya sukar mendapat ruang di kawasan kubu Klang Southern yang tersusun.

NPNG FC vs Gombak Hypernova FT

NPNG hadir dengan reputasi tinggi ke dalam saingan Selangor Champions League musim ini setelah mereka menjuarai Liga Super Selangor. Memiliki pemain seperti Mamadou Berete dan Fitri Zaidi di barisan serangan, barisan pertahanan Gombak Hypernova harus bekerja keras dalam memastikan benteng pertahanan mereka kekal kukuh sepanjang perlawanan.

Bagi pasukan Gombak Hypernova pula, mereka hadir ke saingan SCL musim ini melalui perlawanan play-off.  Meskipun begitu, cabaran yang bakal diberikan oleh Gombak Hypernova tidak boleh dipandang ringan kerana mereka mempunyai pemain seperti Shahail Mazlan dan Nurfaiz Osman.

KV United vs Cheras Raptors FC

Klang Valley United hadir ke saingan SCL musim 2018 dengan dibimbing oleh jurulatih yang turut membantu Axis O2 PJ FC ketika saingan Piala FA Malaysia, Shazwan Wong. Terkenal dengan barisan pertahanan yang mantap dalam saingan Subang Football League 2018, barisan serangan lawan sudah pasti akan berdepan tugas berat dalam usaha untuk mengkucar-kacirkan benteng pertahanan KV United.

Pasukan Cheras Raptors pula, pasukan yang tidak sampai setahun jagung usianya ini menampilkan aksi yang cemerlang dalam saingan KVL Super League 2018. Raptors hampir memintas Duta ZXiV FC yang menjadi juara namun terpaksa berpuas hati berada di kedudukan kedua.

Banting Naga FC vs Shah Alam Antlers FC

Note that both teams are playing in their respective M5 leagues in Klang Valley. In that, they have to rotate their first team squads to maximise performance and earn results accordingly in both M5 and SCL 2018. With that, the game could tire on in the closing stages. Despite that, both teams can produce goals from their respective styles for the fans coming to attend at the MPSJ Arena, Subang Jaya. A draw wouldn’t be the worst result for both, and it is a possibility. Saravana Kumar and from Naga and Luqman Hadi Mazali from Antlers is the players to watch for this game.

Puchong Fuerza vs Gombak FC

Gombak FC like a number of teams in SCL, they have to focus on multiple competitions, to which can stretch the fatigue of their full squad. However Puchong Fuerza only have SCL to focus on after winning the Puchong Community League (LKP 2018). The buzz on social media right now is the presence of former Selangor striker, Afiq Azmi and former KL midfielder, Norismaidham Ismail playing for Puchong Fuerza. Despite that, fans from Gombak FC, know that they can put up a fight against their neighbours from the south region of Klang Valley. Interesting game to watch, will go for Puchong Fuerza to collect all three points. Afiq Azmi from Puchong anda Abdulkadir Ali Kassim from Gombak FC is the players to watch for this game.

 

 Kajang AZS vs Duta ZXIV

Kajang beraksi dlm SCL pada musim lalu. Boleh dikatakan mereka sudah mengenali dan selesa dengan rencah atau gundah gulana di dalam SCL. Sementara itu pasukan daripada Jalan Duta ini iaitu ZXIV Duta bermain di saingan SCL buat kali pertama. Tambahan pula mereka mempunyai penyerang yang begitu prolifik iaitu Philip Abbah yang bakal dibantu oleh pemain sayap lincah iaitu Addurazq Alkanouni. Kelebihan berada di pihak mereka.

Manakala bagi Dutaz ZXIV, ini kali pertama mereka menyertai saingan Selangor Champions League. Meskipun berstatus juara KV Super League serta mempunyai pemain bintang seperti Jacque serta Medina, namun atmosfera SCL masih lagi asing bagi mereka. Namun saya rasakan mereka mampu menyesuaikan diri mereka dengan cepat.

 CABJ vs KRU

Secara terus terang jujurnya saya masih belum berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan yg melibatkan Club Atletico de Boca Junior serta Kelab Raja Uda. Oleh itu, dan memandangkan kedua-duanya bermain buat kali pertama kali dlm SCL, saya rasakan bahawa permain akan tamat dengan keputusan 1-1. Saya memilih keputusan seri utk perlawanan ini kerana merasakan kedua-dua pasukan akan bermain dengan corak berhati-hati sekiranya mereka berjaya mengutip satu mata, ianya sudah memadai.

 

Nota kaki: Artikel ini ditulis oleh rakan media kami iaitu SemuanyaBOLA, Inikan Bola, Padang Bola Sepak serta pengulas utama SCL2018 iaitu Kieranto Marcello.

Leave a Reply

P