**Terhad Kepada 30 Peserta Setiap Sesi

Kursus Kejurulatihan Lesen C

Ayuh mendaftar dalam senarai Kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM C yang akan dianjurkan oleh PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR

mAKLUMAT kURSUS

Ayuh mendaftar dalam senarai Kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM C yang akan dianjurkan oleh PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR.

TARIKH KURSUS SESI 1: 11HB HINGGA 19HB JUN 2022
TARIKH KURSUS SESI 2: 1HB HINGGA 6HB OGOS 2022
LOKASI: PADANG LATIHAN RADIA ARENA, BUKIT JELUTUNG, SHAH ALAM
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 15HB MEI 2022

Terhad kepada 30 orang peserta untuk setiap sesi kursus

Untuk maklumat lanjut sila hubungi melalui email:-
[email protected]

PENDAFTARAN INI MEMERLUKAN ANDA MEMPUNYAI EMAIL GMAIL UNTUK MUAT NAIK SIJIL KEJURULATIHAN FAM D atau SIJIL KEJURULATIHAN AWALAN, SALINAN KAD PENGENALAN BERWARNA & GAMBAR PASSPORT

Maklumat Penting & Syarat-Syarat Individu bagi Permohonan Kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM C

=======================
Syarat Utama Bagi Pemohon
=======================

Syarat-Syarat Utama Bagi Pemohon adalah seperti berikut:

1. Mempunyai Minat.
2. Mengurus dan mahu memperbaikI kemahiran jurulatih.
3. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit yang serius.
4. Mampu untuk melaksanakan aktiviti kecergasan didalam module Kejurulatihan Diploma AFC/FAM C
5. Tiada mempunyai kecederaan yang serius yang menghalang peserta terlibat dalam aktiviti padang.
6. Sudah lulus menjalankan Kursus Sijil Kejurulatihan FAM D atau Sijil Kursus Kejurulatihan Awalan.
7. Sudah mempunyai Sijil Kursus Kejurulatihan  FAM D atau Sijil Kursus Kejurulatihan Awalan.

=======================
Cara Permohonan
=======================

Borang permohonan perlulah lengkap di isi oleh peserta. Permohonan yang tidak lengkap, dianggap tidak diterima untuk urusan pemprosesan.

Permohonan hanya melalui ‘online’ sahaja.

Dokumen WAJIB diperlukan adalah:
1. SALINAN KAD PENGENALAN BERWARNA (PDF FORMAT)
2. SALINAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT (JPEG FORMAT berlatarbelakang biru/putih)
3. RESIT SLIP BUKTI PEMBAYARAN (PDF FORMAT) .
4, SALINAN SIJIL KURSUS KEJURULATIHAN FAM D ATAU KURSUS KEJURULATIHAN AWALAN (PDF FORMAT)

Dokumen ini dalam bentuk ‘softcopy’ menggunakan format PDF sahaja
(kecuali GAMBAR BERUKURAN PASSPORT dalam format JPEG diterima).

=====================
Yuran & Cara Pembayaran
=====================

YURAN PENDAFTARAN adalah RM1800.00

PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR
CIMB BANK BERHAD
NOMBOR AKAUN: 8002178918

Hanya 30 peserta dibenarkan untuk memohon. Oleh itu, pendaftaran berdasarkan kadar segera peserta memohon. Jika sudah melebihi 30 peserta, nama akan disenaraikan dalam ‘senarai menunggu’.

Yuran sudah termasuk perkara berkaitan sepanjang kursus iaitu:
a) Tiga helai pakaian baju jersi untuk sesi padang.
b) Tiga helai pakaian baju berkolar untuk sesi kelas.
c) Minum pagi, makan tengahari dan makan malam.
d) Minuman ringan untuk sesi latihan padang pagi dan petang.
e) Penginapan disediakan kepada yang memerlukan sepanjang kursus.
f)  Pemain demo untuk digunakan bagi sesi practical assessment sebanyak 3 kali.

* Deposit 50% atau RM900 perlu disertakan ketika mengisi & menghantar borang permohonan secara ‘online’.
* Slip transaksi pembayaran perlu disertakan ketika mengisi & menghantar borang permohonan secara ‘online’.
* Permohonan tanpa sebarang deposit pembayaran tidak akan diproses.
* TIADA PEMULANGAN WANG PENDAFTARAN JIKA PESERTA MENARIK DIRI DARI KURSUS INI.

Bayaran penuh perlu diselesaikan 14 HARI sebelum program kursus dijalankan. Segala Pembayaran hanya diterima secara online banking sahaja.

=================================
Maklumat-Maklumat Lain Perlu Diketahui
=================================

* Program Kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM C adalah dibawah penganjuran Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)
* Kursus ini dalam jangka masa 15 hari
* Kursus dijalankan mengikut pecahan berikut:
– MODULE 1 dijalankan selama 9 HARI
– SELANGAN KEJURULATIHAN AKTIF SELAMA 6 MINGGU (REHAT)
– MODULE 2 dijalankan selama 6 HARI
* Peserta digalakkan tetapi tidak diwajibkan bermalam di tempat penginapan yang disediakan oleh penganjur
* Kedatangan untuk kesemua sesi adalah wajib dan memberi impak besar terhadap markah lulus peserta.
* Kesemua kursus kejurulatihan adalah dibawah pemerhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
* Sijil kursus akan dikeluarkan oleh pihak FAM.
* Pihak FAS tidak bertanggungjawab diatas kecederaan yang berlaku sepanjang kursus ini dijalankan
* Kesihatan dan kesejahteraan peserta adalah tanggungjawab individu

Nama instruktor dan nama pembantu instruktor adalah di bawah tanggungjawab FAM melalui Bahagian Pendidikan Kejurulatihan (Coach Education Department). Oleh itu pihak penganjur tiada hak untuk memilih instruktor dan pembantu instruktor.

Penganjur mempunyai hak untuk menukar tarikh dan tempat kursus.

(PASTIKAN SUDAH MEMBACA SERTA MEMAHAMI SETIAP PERKARA DAN MAKLUMAT PENTING)

==================================

*PENDAFTARAN KURSUS*

Sebelum mendaftar:
1. Sila baca Syarat Individu (Utama)
2. Sila baca Yuran & Cara Pembayaran
3. SIla baca Maklumat-Maklumat lain

Info Ringkas

Sesi 1:
11 -19 Jun 2022

Sesi 2:
1 -6 Ogos 2022

Lokasi:
Padang Radia Arena, Bukit Jelutong, Shah Alam

Daftar Sebelum:
15 Mei 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Kursus Akar Umbi

Malaysian: RM250
Non-Malaysian: RM250

Kursus LESEN B

Malaysian: RM700
Non-Malaysian: RM1000

Kursus LESEN C

Malaysian: RM1800
Non-Malaysian: RM2200

Kursus LESEN D

Malaysian: RM3800
Non-Malaysian: RM4500

Dapatkan Update Terkini Dari FASelangor!

Please wait...

Terima Kasih!