ABK17

Syahmi sertai persiapan Kejuaraan B-23 AFC 2018

Pemain Selangor, Syahmi Safari petang ini hadir ke kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya sebagai persiapan menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di Jiangsu, China dari 9 hingga 27 Januari 2018.

Beliau antara 30 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadiri sesi tempatan selama tiga minggu sebelum ke Korea Selatan dan China untuk kem latihan pusat terakhir sehingga 6 Januari.

Jika terpilih untuk skuad akhir, Syahmi dan rakan-rakan dijadual tiba di Changshu pada 6 Januari untuk menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.