ABK17

Subahan pengerusi Mesyuarat JTPBB FAM kedua

Dato’ Sri Subahan Kamal, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia FAM yang kedua bagi penggal 2017-2021 Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi ini.

Mesyuarat membincangkan perkembangan dan program terkini pasukan-pasukan belia di bawah kelolaan FAM serta Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) di samping perancangan terbaru bagi memantapkan pembangunan di peringkat akar-umbi.

Selain daripada Timbalan Pengerusi, Dato’ Jefferey Low Han Chau; ahli-ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Edwin Tang Chee Hong, K Santhana Raju, Safirul Azli Abu Bakar, Dr Mahender Singh dan K Sukumaran, mesyuarat tersebut turut dihadiri Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo.