Sesi Pemilihan Khas Pelapis Selangor 2019

Pemain-pemain yang ingin mencuba nasib untuk menjadi pemain pelapis Selangor pada tahun 2019 bolehlah menghadiri sesi pemilihan khas yang akan diadakan pada 17 & 18 November 2018.

Butir-butir adalah seperti yang berikut:

Tarikh: 17 & 18hb November 2018

Waktu: 8 pagi

Tempat: Stadium Mini SMK USJ 23

Pakaian: Pakaian LENGKAP Bola Sepak

 

Namun demikian, bukan sesiapa sahaja boleh menghadiri pemilihan khas ini. Pemain-pemain yang ingin mencuba nasib WAJIB memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Lahir SELEPAS 1hb Januari 1999 (berumur 19 tahun dan ke bawah pada 2018)
  • Pernah mewakili mana-mana pasukan yang bertanding di pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia 2018

Bagi pemain-pemain yang berminat dan memenuhi syarat-syarat seperti yang tertera di atas, bolehlah mengisi borang di pautan ini.

BORANG PEMILIHAN KHAS PELAPIS SELANGOR 2019

Pemain-pemain yang berminat haruslah melengkapkan borang di atas SEBELUM 14hb November 2018 (Rabu).

Semoga berjaya!