ABK17

Red Giants di Paju, Korea Selatan

FASELANGOR.MY meninjau prestasi semasa pemain-pemain Selangor B-19 – Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan dan Aiman Arip Zulkarnain ketika mewakili skuad kebangsaan di Kumpulan F Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Paju, Korea Selatan.

MALAYSIA 3-1 Timor Leste (31 Oktober 2017)

Saiful Iskandar dan Aiman Arip tidak bermain ketika skuad Bojan Hodak memulakan aksi sulung kelayakan Kumpulan F dengan mencatat kemenangan 3-1 ke atas Timor Leste.

MALAYSIA 1-0 Brunei (4 November 2017)

Beraksi pada perlawanan di bawah suhu 9 darjah Celcius di Paju, Saiful Iskandar diletakkan pada kesebelasan utama dan beraksi 84 minit sebelum beliau digantikan Nik Akif Syahiran ketika barisan kedua Malaysia mencatat kemenangan 1-0 ke atas Brunei.

MALAYSIA 4-1 Indonesia (6 November 2017)

Saiful Iskandar Adha beraksi 2 minit selaku pemain gantian kepada Nik Akif Syahiran pada minit ke-88 tatkala Harimau Malaya mencatatkan kemenangan Indonesia 4-1 sekaligus mencerahkan harapan untuk layak ke pusingan akhir.

MALAYSIA 0-3 Korea Selatan (8 November 2017)

Saiful Iskandar hanya sempat beraksi pada masa kecederaan bagi menggantikan Akhyar Rashid pada minit ke-90. Biarpun tewas 0-3 kepada Korea Selatan, Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2018.