Razali Alias meninggal dunia

Bekas ketua pasukan Selangor Razali Alias kembali ke rahmatullah di Hospital Selayang petang semalam akibat kegagalan hati.

Jenazah allahyarham yang berusia 51 tahun dibawa ke rumahnya di Puncak Alam dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam malam tadi.

Allahyarham yang dikesan menghadapi hepatitis B pada 2008 menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.25 petang selepas hampir seminggu lebih di hospital.

Sepanjang kariernya bersama Selangor, Razali membantu pasukannya menjulang Piala Malaysia 1982, 1984 dan 1986 selain dari menjulang Piala Liga 1989 dan 1990.

Tambah manis, Razali merupakan penolong jurulatih skuad Selangor yang mencatat kejayaan treble pada 2005 sebelum beliau mangemudi skuad Proton FC dan Angkatan Tentera Malaysia sebagai ketua jurulatih.

AL-FATIHAH!