ABK17

Persahabatan: Persija 1 Selangor 2

Selangor berjaya menewaskan Persija Jakarta 2-1 pada aksi terakhir siri persahabatan di Indonesia pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, semalam.

Pada aksi malam tadi, jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir melakukan tujuh pertukaran berbanding kesebelasan yang tewas kepada Madura United 1-4 Isnin lalu.

Persija terlebih dahulu menguji gawang Selangor pada minit ke-10 tetapi sepakan deras Renan Silva dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid.

Sepakan percuma Jaimerson da Silva Xavier pada minit ke-20 disusuli percubaan Riko Simanjuntak di dalam kotak penalti enam minit kemudian turut mengancam gawang pasukan pelawat.

Selepas menyerap asakan awal tuan rumah, Selangor mendahului menerusi tandukan Sean Eugene Selvaraj pada minit ke-36 selepas bijak menyempurnakan hantaran Evan Dimas.

Keputusan itu bagaimana pun hanya bertahan 3 minit apabila Persija menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Marko Simic selepas bola terkena tangan Rufino Segovia.

Selangor berpeluang kembali di hadapan di separuh masa kedua menerusi dua peluang terbaik menerusi Rufino namun digagalkan aksi cemerlang penjaga gol Persija, Shahar Ginanjar.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Rufino muncul wira Merah Kuning menerusi jaringan kemenangan menewaskan Shahar.

PERSIJA: 26-Andritany Ardhiyasa (Shahar Ginanjar 46′); 14-Ismed Sofyan, 5-Jaimerson da Silva Xavier (Vava Mario Yagalo 46′), 13-Gunawan Dwi Cahyo, 28-Rezaldi Hehanussa (Michael Orah 46′); 25-Riko Simanjuntak (Franky Kogoya 75′), 29-Sandi Darman Sute, 70-Renan Silva (Fitra Ridwan 75′), 7-Ramdani Lestaluhu (Yan Pieter Nasadit 46′); 79-Osas Saha (Anan Lestaluhu 75′), 9-Marko Simic (Bambang Pamungkas 75′)

SELANGOR: 1-Muhammad Khairullazhan (Norazlan Razali (84′); 13-Razman Roslan (Namathevan Arunasalam 71′), 5-Muhammad Amirul Ashraf, 23-Willian Pacheco, 3-Kannan Kalaiselvan (Syukri Azman 81′); 6-Evan Dimas, 16-Sarkunan Krishnansamy, 17-Mohd Amri Yahyah (Halim Zainal 71′), 18-Ilham Udin Armaiyn; 10-Rufino Segovia, 7-Sean Eugene Selvaraj (Shahrul Igwan)