Pemilihan Terbuka Pasukan Bola Sepak Wanita Selangor

Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah yang telah dianjurkan semenjak tahun 1976 ini bakal membuka lembaran tirainya kembali bagi edisi ke-31.

Bola sepak wanita di Malaysia yang telah bermula seawal 1960-an ekoran cetusan idea Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sudah lama mendapat tempat dan telah menyaksikan beberapa kejohanan antarabangsa dan domestik saban tahun.

Ianya turut diwarnai dan diterajui dengan sumbangan dari Tun Sharifah Rodziah yang dilantik sebagai Presiden pertama Persatuan Bola Sepak Wanita yang didaftarkan secara rasmi pada Disember 1974.

Pada tahun 2004, kejohanan yang terbuka untuk 12 pasukan seluruh Malaysia ini telah berhenti seketika dan seterusnya kembali semula dipertandingkan pada tahun 2015.

Penyandang kejohanan ini dimiliki oleh Sarawak dan pemenang terbanyak Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah setakat ini disandang oleh Sabah dengan 11 kejuaraan.

Pemilihan Terbuka Pasukan Bola Sepak Wanita Selangor untuk Piala Tun Sharifah Rodziah akan diadakan pada butiran seperti berikut:

Tarikh dan Waktu Pemilihan:

15 Oktober 2018

4.30 petang – 7.00 petang

Tempat:

Stadium UiTM Shah Alam

Urusetia:

017 267 2597 (Pn. Suzana)

012 625 3729 (En. Zainal)

Bagi yang berminat, sila hadir ke sesi pemilihan seperti butiran yang tertera di atas atau bolehlah menghubungi terus wakil urusetia.