Liga Super: Johor DT 1-1 Selangor

Selangor berjaya mencuri satu mata dari gelanggang lawan selepas mengikat juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) seri 1-1 pada perlawanan sulung Liga Super 2016 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Namun skuad Red Giants kendalian Zainal Abidin Hassan tewas 7-6 pada penentuan sepakan penalti perlawanan sumbangsih itu untuk membenarkan JDT kendalian Mario Gomez mengekalkan kejuaraan Piala Sultan Ahmad Shah untuk dua musim berturut.

Tandukan Hariss Harun selepas sepakan sudut untuk gol pendahuluan JDT pada penghujung separuh masa pertama, minit ke-45 berjaya disamakan Selangor menerusi sepakan percuma Hafiz Kamal pada minit ke-60 untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Selepas lima sepakan gagal memisahkan kedua-dua pasukan, sepakan kesembilan Selangor yang diambil Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham tersasar, sekali gus memberikan kemenangan 7-6 buat JDT.

Terdahulu tujuh sepakan JDT menerusi Safiq Rahim, Nazrin Nawi, Amirulhadi Zainal, Hariss, Marcos Antonio, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan S Kunanlan berjaya menewaskan penjaga gol

Selangor, Norazlan Razali tetapi sepakan kedua diambil Jorge Pereyra Diaz tersasar dan sepakan keenam diambil Azammuddin Akil sekadar menggegar palang.

Selangor pula menyudahkan enam sepakan melalui Patrick Ronaldinho Wleh, S Veenod, Hafiz, Razman Roslan, Raimi Md Nor dan Shahrom Abdul Kalam manakala sepakan pertama Mauro Olivi dan sepakan keenam R Gopinathan ditepis keluar penjaga gol JDT, Farizal Marlias sebelum sepakan terakhir Azrif tersasar.

Selangor akan bertemu Perak di Stadium Perak, Ipoh pada Selasa ini untuk perlawanan kedua Liga Super 2016.

JDT: 1. Farizal Marlias, 12. S Kunanlan, 6. Marcos Antonio, 7. Aidil Zafuan Abdul Radzak, 15. Fazly Mazlan, 18. Mahali Jasuli (20. Nazrin Nawi 66′), 8. Safiq Rahim (C), 14. Hariss Harun, 28. Azinee Taib (2. Azammuddin Akil 59′), 11. Jorge Pereyra Diaz, 19. Juan Martin Lucero (5. Amirulhadi Zainal 80′).

SELANGOR: 22. Norazlan Razali, 20. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, 2. Robert Cornthwaite (13. Razman Roslan 85′), 5. Shahrom Abdul Kalam (C), 15. Raimi Md Nor, 7. Andik Vermansah, 10.Nazmi Faiz Mansor (23. S Veenod 68′), 21. Hafiz Kamal, 11. Ahmad Hazwan Bakri (25. R Gopinathan 30′), 16. Mauro Olivi, 4. Patrick Ronaldinho Wleh.

Pengadil: Syed Azhar Syed Kamar