Saingan awal aksi Piala FA Selangor 2017 menyaksikan beberapa kejutan berlaku melibatkan pasukan-pasukan pilihan.

Naib juara Piala FA 2016 yang dijangka menjadi pencabar utama Liga Super musim ini, Team Force ditunjukkan jalan keluar selepas tewas 4-1 kepada wakil Liga Perdana, Jeonsa pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Raja Muda.

Hasrat Smart Focus untuk memberikan cabaran pada saingan musim ini turut berakhir di halangan sulung apabila dikejutkan Port Rangers 3-1.

Bagaimanapun kejutan terbesar pastinya dilakukan pasukan Akademi PKNS yang rata-rata dibarisi pemain berumur 17 tahun yang menewaskan Puchong Rovers 2-0 pada pusingan pertama sebelum mengatasi MBSA 4-2 menerusi sepakan penalti selepas aksi masa sebenar pusingan kedua itu berakhir 1-1.

Juara bertahan, Emkay-NPNG nyata tidak menghadapi masalah untuk mengenepikan cabaran Sharpees 4-0.

PNSB pula menewaskan MP Sepang 2-1 pada perlawanan sengit pusingan pertama melibatkan dua wakil Liga Super.

Perlawanan pusingan kedua melibatkan Royal Selangor Club (RSC) dan Sri Indah TSB di Kompleks Sukan RSC di Bukit Kiara pula terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan permukaan padang yang bertakung akibat hujan lebat (gambar)

.

Keputusan Piala FA Selangor Pusingan Pertama:

Kelab Sultan Sulaiman 1-0 Kenariโ€“F3 City;
PNSB 2-1 MP Sepang;
MPSJ 2-0 Dream-MBSA;
Akedemi PKNS 2-0 Puchong Rovers;
MBSA 5-1 Vulcans;
Sri Remaja 2-1 AAB FC;
MAFC 4-0 SL-Pawana;
Batu 2 FC 2-0 Darul Ehsan;
Sri Indah-TSB 2-0 Selangor Chinese Recreation Club;
SJ-PBRB 2-0 Tunas Lagenda 2-0;
Nilam Puri Dengkil 2-1 MP Klang;
PKNS 3-0 KC-Belarau;
Victoria Red Engine 2-0 AL-Andibat;
MyWorld 4-0 LH-Serampunk;
AirAsia 1-1 (5-3 pen) Teleflow;
Batcha 2-0 Kelisa-Mezclar;
Port Rangers 3-1 Smart Focus;
Emkay-NPNG 4-0 Sharpees;
Jeonsa 4-1 Team Force.

Keputusan Piala FA Selangor Pusingan Kedua:

Akademi PKNS 1-1 (4-2 pen) MBSA;
Red Giants 3-1 Batu 2 FC;
Bukit Kapar 4-1 Port Rangers;
PKNS 7-0 BM-Tiger Rovers.