Maklumbalas RMS Mengenai Isu Dalaman FAS

Semenjak lebih 3 bulan yang lepas, kami telah bertungkus lumus berusaha di belakang tabir merancang dan melaksanakan initiatif-initiatif untuk mengembalikan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) balik ke landasan yang betul. Pada 1 Oktober 2018, Beta terkejut apabila dimaklumkan terdapatnya memorandum yang telah dihantar oleh ahli gabungan FAS supaya diadakan Kongres Luar Biasa (EGM) untuk melantik keseluruhan Exco yang baharu termasuk jawatan Presiden. Kita dapat lihat perubahan yang kita sedang rancak lakukan termasuk menutup peluang melakukan ketirisan, merombak jawatankuasa kecil yang tidak efektif dan menyoal perkara-perkara yang terdapat kesangsian telah membuat beberapa orang merasa tidak selesa. Kita hendak maju gerak ke hadapan, tetapi mereka sering kali menarik kita ke belakang semula.

Beta tidak bersetuju untuk EGM ini dipanggil. Beta tidak memahami mengapa rombakan perlu dilakukan apabila kerja baharu sahaja mula dilakukan, lebih-lebih lagi apabila sebab yang diberikan amat lemah. Akan tetapi Beta tidak menyalahkan Ahli Gabungan kerana Beta percaya mereka telah dimanipulasi, ditipu malah diugut oleh beberapa individu untuk menandatangani memorandum tersebut. Individu-individu ini adalah serigala berbulu domba, penuh dengan kepentingan diri sendiri dan bukannya hendak bekerjasama demi kemajuan FAS.

Apabila Beta membuat kenyataan pada 5 Jun yang lepas dimana Beta menerima pencalonan sebagai Presiden, telah Beta nyatakan secara terang bahawa perubahan menyeluruh harus dilakukan. Akan tetapi terdapat individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menggunakan Statut (perlembagaan) FAS yang telah diolah oleh mereka untuk melindungi mereka sendiri. Sebagai contoh, sebab-sebab yang diutarakan untuk mengadakan EGM langsung tidak munasabah akan tetapi EGM tersebut masih boleh diteruskan dan perkara ini sangat tidak masuk akal.

Beta juga berasa amat dukacita kerana Beta telah cuba menyelesaikan perkara ini dibelakang tabir tetapi sekarang kita dapat lihat secara jelas mereka tidak hendak berbuat demikian. Beta juga merasa sangat terkilan kerana masa ini patut digunakan untuk meneliti dan merancang untuk persiapan musim tahun hadapan, termasuk mencari penaja bagi menambah dana persatuan. Disebaliknya langkah tidak bertanggungjawab ini menyebabkan masa orang-orang yang jujur dan bekerja keras demi FAS dibuang begitu sahaja. Tambahan pula, Beta murka apabila terdapatnya ahli Exco yang menyokong pergerakan EGM ini secara terbuka walaupun ianya bukan pendirian majoriti besar ahli Exco termasuk Beta.

Supaya kesemua pihak faham situasi ini secara lebih mendalam, Beta sertakan enam (6) sebab mengapa kononnya ahli gabungan ingin merombak keseluruhan Exco persatuan, termasuk juga maklumbalas dan jawapan daripada Beta. Beta berharap ahli gabungan sedar akan keadaan sebenar dan para penyokong bersatu menentang pergerakan merampas kuasa ini.

Enam Sebab Yang Diberikan Dalam Memorandum Untuk Memanggil Kongres Luar Biasa

Sebab pertama yang diberi:
“Kami tidak berpuas hati apabila wakil Ahli Gabungan telah dibuang dari menjadi ahli jawatankuasa di dalam Jawatankuasa Tetap FAS dan kami adalah tunjang kepada penubuhan FAS selama ini”

Jawapan Beta:
Ahli jawatankuasa di dalam Jawatankuasa Tetap FAS telah dicadangkan di dalam mesyuarat Exco yang dihadiri oleh kesemua ahli, dan tiada sebarang bantahan atau cadangan lain yang telah diutarakan semasa mesyuarat tersebut. Untuk pengetahuan semua, masih ramai lagi wakil Ahli Gabungan berada di dalam Jawatankuasa- jawatankuasa Tetap. Kesemua perlantikan ini adalah berlandaskan Statut FAS dan tidak melanggar mana-mana peraturan atau syarat. Maka pada itu, sebab pertama yang diberikan ini adalah sangat lemah dan menunjukkan dalang-dalang ini menentang usaha pembaharuan yang FAS sedang lakukan.

Sebab kedua yang diberi:
“Kami wakil Ahli Gabungan telah tidak dijemput apabila FAS menganjurkan bengkel pada bulan Ogos mengenai halatuju FAS sedangkan kami adalah pemegang taruh bagi FAS. Kami adalah sebahagian dari kelab yang terlibat dalam penubuhan FAS. Tindakan pengurusan FAS ini telah menghina kami sebagai Ahli Gabungan dan kami tidak dapat menerima kecuaian FAS tersebut.”

Jawapan Beta:
Tiada sebarang penghinaan yang telah dilakukan. Antara tujuan mengadakan bengkel tersebut adalah untuk mendapat idea dan penyelesaian ‘outside the box’ dan buat pertama kalinya FAS mengambil langkah untuk menerima maklumbalas secara lebih terbuka. Individu dan organisasi yang telah dijemput terdiri daripada golongan profesional dan mereka yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai aspek bidang berkaitan pengurusan bola sepak.

Tambahan pula, FAS juga sudah memaklumkan kepada Ahli Gabungan di mana fasa kedua bengkel ini akan diadakan bersama anda semua secara khas. Surat ini telah dihantar pada bulan lepas.

Pengurusan bengkel ini diadakan seperti demikian untuk mendapat input yang terbaik daripada kesemua pihak. Sekiranya semua disatukan, kami khuatir suara Ahli Gabungan akan tenggelam dan lebih teruk lagi tidak diambil endah. Peluang untuk ahli gabungan menambahbaik idea akan dibuka tidak lama lagi.

Sebab ketiga yang diberi:
“Kami telah mengambil maklum bahawa perlantikan dua (2) orang Naib Presiden yang telah dilantik pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang diadakan pada 10hb Julai 2018 telah melanggar peruntukan Artikel 34.7 Statut FAS. Oleh yang demikian, perlantikan Encik Mohd Izhar Moslim dan Dr Johan Kamal Hamidon sebagai Naib Presiden FAS adalah tidak sah oleh kerana kedua-dua mereka tidak mewakili mana-mana ahli FAS dan oleh yang demikian, semua mesyuarat yang dihadiri oleh mereka juga adalah terbatal dan tidak sah.”

Jawapan Beta:
Jelas kelihatan dalang-dalang yang terlibat langsung tidak kaji selidik, membuta-tuli menuding jari tanpa fakta. Kedua-dua Naib Presiden tersebut sudah terlebih dahulu memperoleh keahlian daripada Ahlli-ahli Gabungan yang sah sebelum dilantik. Ternyata Ahli-ahli Gabungan yang menyokong pergerakan mereka ini tertipu kerana tidak diberikan maklumat atau fakta yang tepat. Beta lampirkan bukti keahlian mereka bersama surat ini.

Sebab keempat yang diberi:
“Kami dapati, Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif sekarang telah gagal untuk memberikan nasihat yang betul dan tepat kepada DYTM Tuanku Presiden untuk mendukung perkara- perkara di dalam Statut FAS (perlembagaan)”

Jawapan Beta:
Sekali lagi, tuduhan seperti ini tidak mempunyai asas atau bukti malahan sebarang contoh juga tidak diberikan. Kesemua perbincangan dan keputusan yang dibuat pada mesyuarat Exco yang dihadiri oleh semua ahli, kesemua langkah-langkah pembaharuan untuk FAS yang telah diambil tidak melanggar mana-mana perkara yang ternyata di dalam Statut FAS. Kenyataan liar sebegini harus ditolak sekeras-kerasnya kerana ia mendatangkan ketidakstabilan Persatuan dan menjejaskan pelbagai aspek pengurusan.

Sebab kelima yang diberi:
“Kami sebagai Ahli Gabungan dan pemegang taruh bagi Persatuan Bolasepak Selangor yang telah sebulat suara memilih DYTM Raja Muda Selangor sebagai Presiden tempoh hari. Kami juga dimaklumkan bahawa DYTM Tuanku seorang sahaja akan masuk ke dalam FAS tetapi kini beberapa lantikan lain telah dibuat dan Ahli Gabungan dipinggirkan begitu sahaja. Kami percaya perkara tersebut terjadi oleh kerana terdapat agenda tersembunyi oleh beberapa ahli jawatankuasa eksekutif.”

Jawapan Beta:
Sekali lagi, dakwaan liar seperti ini tidak boleh diterima. Tiada sebarang contoh yang diberikan apabila melontarkan fitnah mengatakan adanya agenda tersembunyi tersebut. Sepatutnya semua ahli jawatankuasa eksekutif bekerjasama demi kebaikan FAS, malangnya dalang-dalang ini hendak memecahbelahkan kita semua.

Beta mencadangkan perlantikan tiga orang baharu untuk membantu dalam proses mentransformasikan FAS dan ianya telah diterima sebulat suara semasa mesyuarat Exco. Ianya juga tidak melanggar mana-mana perkara di dalam Statut dan walaupun dengan perlantikan baharu tersebut, majoriti besar ahli Exco iaitu sebanyak 80% merupakan barisan kempimpinan lama yang telah dipilih semasa Mesyuarat Agung FAS pada Februari 2017.

Sebab keenam yang diberi:
“Kami juga dapati Tuan Setiausaha Agung dengan sewenang-wenangnya menjanjikan status Ahli Gabungan kepada kelab baharu tanpa melalui proses menjadi kelab jemputan selama tiga (3) tahun dan perlu mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif.”

Jawapan Beta:
Tomahan ini adalah satu tuduhan yang sangat serius dan tidak boleh diterima sama sekali oleh Beta. Statut FAS harus diberi keutamaan dan mana juga tindakan atau keputusan hendaklah berdasarkan Statut FAS yang kita semua hormati. Dalang-dalang tersebut tidak boleh sewenang-wenangya membuat pertuduhan sebegini yang seolah-olah mengatakan Beta dan Setiausaha Agung tidak mengendahkan Statut FAS, dan secara langsung menimbulkan kesangsian diantara kami dan Ahli Gabungan.

DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Presiden FAS

———-


For the past 3.5 months, my team and I have been working tirelessly, planning and executing initiatives to get FAS back on the right track. On 1 October 2018, I was shocked to hear that there was a memorandum to hold an EGM, re-electing the entire committee including myself. It is very obvious the changes we were doing including stopping leakages, revamping ineffective committees, probing suspected irregularities made many people uncomfortable. We want to move forward, but they keep on pulling ourselves back.

I disagree with the calling of this EGM. I do not understand why a full revamp of the entire Exco lineup is required when we just started the work. Furthermore, the reasons are very weak, but I do not blame the affiliates as I believe they have been manipulated, misinformed and even threatened by a few individuals to sign the petition. These people are wolves wearing sheep in disguise, full of personal interest instead of working together for the benefit of the association.

When I made a statement on 5 June 2018 accepting the nomination to become President of FAS, I stated clearly that a full revamp needs to take place. However, these irresponsible individuals used the affiliates and took advantage of the FAS Statute created by them to also protect them. For example, the call to hold the EGM had no basis. Nothing in the FAS statute were broken but the EGM could still proceed which is appalling.

I am extremely disappointed as I tried to solve this EGM issue behind closed doors but it was obvious that the other party was not interested. I am saddened when we could have spent this time looking for sponsors and preparing for a better season next year, but instead my team who are hardworking and honest people have to constantly look behind our backs. I am angered that some of the Excos are openly supporting the EGM despite that it is not the stance of the large majority of Excos including myself.

In order for everyone to understand the situation, I have included the six (6) points that supposedly the affiliates raised to request for the EGM, and also my detailed rebuttals towards them. I hope the affiliates realize this, and I also urge the fans to voice out against this irresponsible move.

DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
President Football Association of Selangor (FAS)