Azrif kini milik JDT

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) ingin mengumumkan bahawa kami sudah mencapai kata sepakat dengan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan bersetuju dengan perpindahan bek kanan pasukan Selangor iaitu Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham ke Pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

FAS telah meneliti, berpuas hati dan bersetuju dengan tawaran yang dilakukan oleh JDT ke atas Azrif, namun butir-butir persetujuan dan jumlah perpindahan Azrif ke JDT tidak akan didedahkan demi kebaikan semua pihak. Aksi Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur pada Selasa lalu adalah yang terakhir buat Azrif.

Saya yakin barisan pemain yang ada mampu untuk menggalas cabaran Red Giants bagi mengharungi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia yang baru bermula. Malah kemasukkan lima (5) pemain Piala Presiden yang mula mengikuti latihan skuad utama akan memberi nafas segar kepada pasukan.

Mereka adalah K. Sarkunan (DM), Mohd Faizzudin Mohd Abidin (LM), A.Namathevan (RB), K.Kannan (LB) dan Badrul Amin Rusalan (AM). Selangor akan terus menghasilkan pemain-pemain pelapis yang dipersiapkan menggalas cabaran di peringkat yang lebih kompetitif.

Terima kasih kepada Azrif dan juga tidak lupa kepada Robert Cornthwaite yang ditamatkan kontrak atas khidmat dan jasa sepanjang menyarung jersi keramat Merah Kuning. Semoga terus maju jaya. Sekian.

Terima kasih

‪#‎MerahKuningLambangKebanggaan‬

Amirudin Shari
Pengurus Pasukan
Selangor Darul Ehsan