ABK17

Azhan, Adam hadapi Korea Utara

Dua pemain Selangor, penjaga gol Khairulazhan Khalid dan pertahanan Adam Nor Azlin antara 24 pemain yang dipanggil menyertai sesi Latihan Pusat untuk pasukan kebangsaan pada 4 November ini.

Sesi Latihan Pusat ini merupakan persiapan skuad kendalian Nelo Vingada bagi menghadapi perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara pada 10 dan 13 November 2017 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand.

Azhan dan Adam dijangka berlepas ke Buriram pada 7 November dan kembali ke tanahair pada 15 November.