ABK17

Aiman, Saiful, sertai skuad B-19 negara ke Paju

Dua pemain Selangor B19, Aiman Arip Zulkarnain dan Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan antara 23 pemain yang disenaraikan jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19) negara, Bojan Hodak untuk mengharungi kempen kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Paju, Korea Selatan, bermula Selasa hingga 9 November ini.

Aiman, penjaga gol dan Saiful Iskandar, penyerang; membantu Red Giants menamatkan kempen Piala Belia di tangga keempat Kumpulan B selepas mengharungi 16 perlawanan sebelum ditewaskan SSMP B-17 di peringkat suku akhir dengan agregat 2-1.

September lalu, kedua-dua pemain muda ini turut berada dalam skuad kendalian Hodak pada Kejuaraan B-18 AFF 2017 di Yangon, Myanmar di mana Harimau Malaya muncul naib juara selepas tewas kepada Thailand pada perlawanan terakhir.