Pengendali Selangor, P Maniam mengakui skuad The Red Giants sudah tidak sabar berdepan Kedah dalam aksi suku akhir Piala Malaysia.

Menurutnya, juara Piala Malaysia 33 kali itu lebih bersedia untuk tidak mengulangi skrip sama ketika tewas kepada Lang Merah semasa aksi final tahun lalu.

“Walaupun kita tahu Kedah antara pasukan yang terkuat di Malaysia, tetapi di peringkat ini (suku akhir) macam-macam boleh terjadi.

Saya tetap yakin dengan barisan pemain yang kita ada seperti Amri Yahyah, Andik Vermansah, Francis Forkey Doe dan Rufino Segovia kita mampu untuk melangkah jauh dalam saingan tahun ini.

“Kami akan beri yang terbaik untuk memastikan kami mencipta banyak peluang menjaringkan gol,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini disiar semula dari media yang dinyatakan dan tidak semestinya mewakili pandangan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)