Sinar Harian: Kami layak menang ke atas Sarawak

Pengendali Selangor, P Maniam menegaskan The Red Giants layak menang ke atas Sarawak walaupun mempamerkan persembahan kurang meyakinkan di permulaan babak pertama perlawanan.

Menurutnya, semangat melawan pemain selain cepat menukar momentum permainan memastikan tiga mata milik skuad Merah Kuning itu.

“Memang saya sangat berpuas hati dan kita mencatat kemenangan keempat berturut-turut musim ini.

“Untuk 10 minit pertama, memang nampak pemain ambil mudah perlawanan ini dan kami bernasib baik kerana Sarawak tidak jaringkan gol.

“Tetapi selepas itu kami datang dengan agresif dan berjaya mencipta kemenangan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini disiar semula dari media yang dinyatakan dan tidak semestinya mewakili pandangan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)