Jika sebelum ini kita membincangkan mengenai pasukan komuniti di Asia iaitu Yokohama FC, untuk artikel kali ini kita beralih pula ke benua Eropah iaitu pasukan AFC Wimbledon yang bertapak di Buckinghamshire, England.

Photo By AFC Wimbledon

AFC Wimbledon juga merupakan pasukan seperti Yokohama FC yang dibina sendiri oleh peminatnya. Bertapak di MIlton Keynes, kelab ini ditubuhkan pada tahun 2002. Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) pada ketika itu memutuskan bahawa Wimbledon FC “tidak dalam kepentingan bola sepak yang lebih luas” untuk memiliki kelab yang berpangkalan di Wimbledon.

 

Jadi FA memutuskan untuk memindahkan Wimbledon FC ke Milton Keynes yang 70 batu jauhnya daripada Wimbledon. Sudah pasti penyokong-penyokong Wimbledon FC melaungkan kemarahan mereka namun tiada apa yang mampu untuk mereka lakukan kerana keputusan FA adalah tamat.

Photo by Getty Image

Jadi bekas penyokong Wimbledon FC yang diketuai Kris Stewart ini memutuskan untuk menubuhkan pasukan baru yang diberi nama AFC Wimbledon. Ada juga yang mengatakan akronim AFC dari AFC Wimbledon itu adalah “A Fans Club” yang bermaksud sebuah pasukan peminat.

 

Selepas penyokong ini menubuhkan pasukan, perkara pertama mereka lakukan adalah mencari pemain dan juga melantik jurulatih. Terry Eames dilantik untuk menjadi jurulatih pertama pasukan AFC Wimbledon.

 

Selepas itu, Wimbledon membuat pemilihan pemain secara terbuka di padang awam kerana pada waktu itu mereka masih lagi tiada padang sendiri. Selepas itu, demi kemampanan kewangan pasukan, Wimbledon berusaha untuk mencari dan bagi menampung pasukan.

 

Akhirnya mereka berjaya mengajak syarikat permainan video iaitu SEGA untuk menjadi penaja utama mereka. Setelah mempunyai jersi baru, pemain baru dan penaja, akhirnya AFC Wimbledon berjaya mendaftarkan diri untuk bermain di liga peringkat ke-9 England.

Photo by Mirror

Selepas 9 tahun bertapak di dalam kancah bola sepak dan masih lagi kukuh diterajui oleh penyokong, kini AFC Wimbledon bermain di League Two di England dan bermain di Stadium Kingsmeadow yang berkapasiti 4850.

 

AFC Wimbledon juga memegang rekod tidak kalah paling lama iaitu sebanyak 78 perlawanan dari Februari 2003 hingga September 2004. AFC Wimbledon ini merupakan satu lagi contoh pasukan komuniti yang berjaya dan perlu dicontohi.

 

 

 

 

Leave a Reply

P