Tingkat 2-27 Yayasan FAS Business Avenue, SS7 Jalan Perbandaran, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya03-7803 7054/7105
Contact info
Tingkat 2-27 Yayasan FAS Business Avenue, SS7 Jalan Perbandaran, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya03-7803 7054/7105

Selangor 1 Kelantan 1

PEREBUTAN kejuaraan Liga Super di antara Selangor dan Kelantan semakin rancak setelah kedua-dua pasukan itu mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dengan berbaki hanya empat perlawanan, Selangor selaku juara bertahan masih kekal di tangga teratas dengan kelebihan lima mata.

Selangor kini mengutip 54 mata berbanding Kelantan dengan 49 mata manakala Terengganu kekal di tangga ketiga dengan 44 mata.

Pada aksi malam tadi, aksi rancak berjaya dipamerkan kedua-dua pasukan dengan permainan berlangsung dengan tempo yang cukup laju di atas padang yang agak basah.

Namun Selangor dan Kelantan kekal terikat tanpa jaringan sehingga separuh masa pertama berakhir biarpun kedua-dua pasukan memperolehi beberapa peluang terbaik.

Selangor bagaimanapun terlebih dahulu berjaya memperolehi jaringan pada separuh masa kedua.

Pada minit ke-59, Amirulhadi Zainal melakukan satu volley menarik dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat untuk Selangor mendahului 1-0.

Namun gol tersebut hanya bertahan selama lima minit.

Pada minit ke-64, kapten Kelantan, Indra Putra Mahayuddin berjaya menanduk masuk dengan cantik hantaran lintang Norfarhan Mohammad dari sebelah kanan untuk gol penyamaan Kelantan.

Selepas itu, Selangor memiliki deretan peluang keemasan untuk mendapatkan gol kemenangan namun sehingga wisel penamat, tiada jaringan tambahan berjaya dihasilkan mereka.

Untuk perlawanan seterusnya, Selangor akan menanti kunjungan Pulau Pinang di Stadium Shah Alam pada 17 Julai depan (Sabtu) sebelum bertemu pula T-Team, Terengganu dan Kedah pada baki tiga perlawanan terakhir.

Apa yang menarik ketua jurulatih Selangor, K. Devan dan pemain tengah, Hardi Jaafar akan kembali menggalas tugas masing-masing selepas mereka selesai menjalani penggantungan enam perlawanan.

SELANGOR: 21.Hamsani Ahmad, 3.Razman Roslan, 5.Khairul Anuar Baharom, 6.Nasriq Baharom (9.Rudie Ramli), 15.P.Gunalan, 20.Amirulhadi Zainal, 8.Safiq Rahim, 12.Bunyamin Umar, 18.Liew Kit Kong (23.R.Surendren), 17.Amri Yahyah (c), 10.Safee Sali (4.Asraruddin Putra Omar)

KELANTAN: 19.Khairul Fahmi Che Mat, 15.Daudsu Jamaluddin, 2.Azizi Mat Rose, 3.S.Subramaniam, 6.Farisham Ismail, 10.Norfarhan Mohammad, 8.Shakir Shaari, 16.Badhri Radzi (5.Khairul Eroza Razali), 23.Indra Putra Mahayuddin, 9.Norshahrul Idlan Talaha (20.Hairuddin Omar), 14,Akmal Rizal Rakhli (13.S.Chanturu)

Selangor

Lagi gambar dari perlawanan Selangor lawan Kelantan>> KLIK DI SINI

Menu