Tingkat 2-27 Yayasan FAS Business Avenue, SS7 Jalan Perbandaran, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya03-7803 7054/7105
Contact info
Tingkat 2-27 Yayasan FAS Business Avenue, SS7 Jalan Perbandaran, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya03-7803 7054/7105

Piala Sultan Selangor 2010

PILIHAN Selangor tewas 0-6 kepada Singapura pada aksi Piala Sultan Selangor 2010 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Namun kekecewaan itu terubat apabila Veteran Selangor berjaya menewaskan Veteran Singapura 1-0 hasil jaringan Shahrin Majid dua minit sebelum tamat permainan.

Nyata keletihan membuatkan corak permainan Pilihan Selangor yang dibarisi pemain skuad Liga Super Selangor serba tidak menjadi.

Ini kerana, mereka baru saja 24 jam selepas mengalami kekalahan 0-3 kepada Kelantan pada aksi suku akhir Piala Malaysia di Kota Bharu malam kelmarin.

Gawang Selangor yang dikawal Iqbal Suhaimi bolos seawal 51 saat permainan bermula menerusi tandukan kapten Pilihan Singapura, Aleksandar Duric.

Pilihan Singapura terus garang menerusi dua jaringan Frederic Mendy pada minit ke-10 dan ke-43 untuk mereka mendahului selesa 3-0 pada separuh masa pertama.

Pada babak kedua, Pilihan Singapura tidak memudarkan keghairahan mereka apabila berjaya menambah tiga lagi gol.

Gol keempat Pilihan Singapura dijaringkan Ivan Jerkovic pada minit ke-46, gol kelima menerusi Jumaat Jantan pada minit ke-76 dan gol keenam hasil jaringan peribadi kedua Duric pada minit ke-89.

Kekalahan pada edisi kesembilan malam tadi nyata memeritkan buat Pilihan Selangor yang turut tewas 0-3 kepada Pilihan Singapura pada edisi kelapan tahun lalu yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Namun skuad Veteran Selangor yang menang 1-0 berjaya membalas dendam kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti kepada Veteran Singapura pada aksi tahun lalu.

Veteran Selangor malam tadi membariskan antaranya Rashid Hassan, Khan Hung Meng, Datuk Soh Chin Aun, Reduan Abdullah, Khalid Ali, P. Somasundram, P. Maniam, K. Gunalan, Shahrin Majid, Ismail Ibrahim, Azlan Johar, Annuar Abu Bakar dan Yap Kam Choon.

Piala disampaikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

PILIHAN SELANGOR: 22.Iqbal Suhaimi, 19.D.Surendran, 5.Khairul Anuar Baharom (11.Zaiza Zainal Abidin), 6.Nasriq Baharom, 15.P.Gunalan, 20.Amirulhadi Zainal, 8.Safiq Rahim (14.Hardi Jaafar), 17.Amri Yahyah (c), 4.Asraruddin Putra Omar (7.Farderin Kadir), 9.Rudie Ramli (23.R.Surendren), 10.Safee Sali (25.Fazilidin Khalid).

PILIHAN SINGAPURA: 18.Lionel Lewis (1.Hassan Sunny), 4.Isa Halim (19.Shahdan Sulaiman), 5.Jumaat Jantan, 7.Shi Jiayi (11.Aliff Shafaein), 8.Tengku Mushadad, 9.Aleksandar Duric (c), 10.Mustaqim Manzur, 14.Ivan Jerkovic, 18.Daniel Bennett, 17.Gabriel Obadin, 24.Frederic Mendy (13.Shukor Zailan)

Lagi gambar dari perlawanan Selangor lawan Singapura>> KLIK DI SINI

Menu