Tingkat 2-27 Yayasan FAS Business Avenue, SS7 Jalan Perbandaran, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya03-7803 7054/7105
Contact info
Tingkat 2-27 Yayasan FAS Business Avenue, SS7 Jalan Perbandaran, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya03-7803 7054/7105

Liga Super: Selangor 1 Harimau Muda A 2

Selangor mengalami kekalahan buat kali ketiga berturut-turut apabila tumpas 1-2 kepada Harimau Muda A dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Selangor bagaimanapun kekal di tangga ketiga dengan 42 mata, lima mata di belakang pendahulu baru, Terengganu yang menewaskan Pahang 5-0 dalam perlawanan yang turut berlangsung malam tadi.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-41 hasil tandukan Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Azwari kemudiannya menyumbang gol kedua pasukan Harimau Muda A pada minit ke-61.

Gol tunggal Selangor pula disumbangkan oleh Safiq Rahim hasil sepakan percuma pada minit ke-64.

Menu