Tingkat 2-27 Yayasan FAS Business Avenue, SS7 Jalan Perbandaran, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya03-7803 7054/7105
Contact info
Tingkat 2-27 Yayasan FAS Business Avenue, SS7 Jalan Perbandaran, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya03-7803 7054/7105

Liga Super 2012: Selangor 1 N Sembilan 3

Lagi gambar aksi perlawanan Selangor-N Sembilan di Galeri >> KLIK DI SINI

SELANGOR mengalami kekalahan keempat musim ini dan yang pertama di gelanggang sendiri apabila tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ia sekali gus meranapkan hasrat jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim untuk menyaksikan pasukannya mencatat kemenangan berturut-turut buat kali pertama musim ini.

Seawal minit pertama, Negeri Sembilan berjaya memperolehi gol pertama selepas tandukan lemah ke belakang pertahanan Selangor, Asraruddin Putra Omar ke arah penjaga gol, G Jeevananthan pantas disambar oleh Firdaus Azizul.

Negeri Sembilan menambah gol kedua pada minit ke-34 apabila tandukan Marian Farbak berpunca daripada sepakan sudut hanya mampu ditepis Jeevananthan dan Ahmad Shakir Md Ali yang berada di depan pintu gol terus merembat menggegar jaring.

Gol ketiga Negeri Sembilan pula menyusul pada minit ke-63 apabila percubaan Ahmad Shakir dari luar kotak penalti berjaya mengelirukan Jeevananthan.

Selangor bagaimanapun akhirnya berjaya mendapatkan gol saguhati pada masa kecederaan menerusi rembatan Bosko Balaban selepas menerima lambungan jauh Safiq Rahim.

Kekalahan itu menyaksikan Selangor sekadar kekal di tangga keempat liga dengan 24 mata selepas 16 perlawanan, di belakang Lions XII (39), Kelantan (34) dan Terengganu (26).

Seterusnya, Selangor akan bertemu Perak di Stadium Perak, Ipoh, Jumaat ini.

SELANGOR: G Jeevananthan, Razman Roslan, Asraruddin Putra Omar (Nasriq Baharom ’58), Ramez Dayoub, P Gunalan, Amirulhadi Zainal (Fitri Shazwan Raduwan ’53), K Gurusamy (Azidan Sarudin ’68), Safiq Rahim, Solihin Kanasian, Amri Yahyah (c), Bosko Balaban.

N SEMBILAN: Farizal Marlias, Alif Shamsudin (Norismaidham Ismail ’62), Shukor Adan (c), Marian Farbak, Tengku Qayyum Ubaidillah, Shahurain Abu Samah, Rashid Mamud, Idris Karim, S Kunanlan, Firdaus Azizul (Nazrin Nawi ’30), Ahmad Shakir Md Ali (Abdul Halim Zainal ’80).

Pengadil: Suhaizi Shukri

Menu