NS BETARIA: -’, -’
SELANGOR: Mohd Rafiq Shah Zaim’ | K Satish’ | Muhammad Nazrul’
SELANGOR: Gol Sendiri 10′
TERENGGANU: 1′ | 90′
PERLIS: -
SELANGOR: Muhammad Nazrul Kamaruzaman 45′ | Assautul Azam 51′ | Zaiful Abd Hakim 61′ | Mohd Rafiq Shah Zaim 72′
SELANGOR: Muhammad Nazrul Kamaruzaman 3′, 5′, 45′ | Wong Kah Heng 38′ | K Satish 45′ | Assautul Azam 50′ | Prakash Koby 80′ | Ibrahim Syaihul 83′
PULAU PINANG: -
N SEMBILAN: 35′
SELANGOR: Mohd Rafiq Shah Zaim 5′
SELANGOR: Muhammad Nazrul Kamaruzaman 44′, 70′ | Wong Kah Heng 75′
PAHANG: m-45
Selangor hampir mengejutkan pendahulu Kumpulan B, PKNS sebelum tewas 2-3 dalam perlawanan Piala Presiden petang semalam.
Selangor mendahului menerusi sepakan percuma Nazrul Kamaruzaman pada minit ke-47 sebelum menambah jaringan pada minit ke-66. Namun PKNS nyata lebih berpengalaman dan menunjukkan aksi bertenaga untuk membocori gawang Selangor sebanyak tiga kali dalam tempoh 18 minit terakhir perlawanan.
Selangor gagal memanfaatkan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas kepada NS Betaria di Padang SUK petang semalam. Lawan mendahului 1-0 pada separuh masa pertama sebelum menggandakan jaringan pada awal babak kedua. Biarpun Nazrul Kamaruzaman berjaya merapatkan kedudukan, NS Betaria menjaringkan gol ketiga di penghujung babak permainan untuk memastikan tuan rumah kecewa.
Selangor membawa pulang satu mata berharga apabila mengikat tuan rumah, Terengganu di Kuala Terengganu petang semalam. Tuan rumah yang mendapat sokongan penyokong tempatan mengasak sejak dari wisel permulaan namun gagal memecahkan kebuntuan sambil Selangor sekali-sekala mengancam melalui serangan balas.
Tugas Selangor tambah sukar apabila penyerang, Wong Kah Heng diarahkan keluar padang oleh pengadil selepas menerima kad kuning keduanya di penghujung perlawanan namun kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat.
Gol tunggal bekas pemain Harimau Muda B, Arip Amiruddin membolehkan Selangor mencatat kemenangan pertama mereka di gelanggang sendiri musim ini menewaskan Perlis 1-0.
Selangor gagal meneruskan rentak cemerlang di tempat lawan apabila tewas 0-2 kepada ATM dalam perlawanan Piala Presiden yang berlangsung di Stadium UPM Serdang petang tadi. Turun tanpa Ibrahim Syaihul dan penjaga gol utama Mohd Faiz Abdul Khalid, Selangor tetap menguasai perlawanan namun digagalkan oleh barisan pertahanan kental tuan rumah.
Gol ATM dijaringkan masing-masing pada minit ke-30 dan 70 perlawanan.
Gol penyamaan pada masa kecederaan oleh pemain tengah Megat Ahmad Zakwan Megat Ahmad Azizuddin memastikan rekod cemerlang Selangor di tempat lawan berterusan apabila berjaya mengikat tuan rumah Perak 2-2 dalam perlawanan Piala Presiden di Stadium Perak, Ipoh petang semalam.
Perak terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-27 sebelum pemain pertahanan Selangor, Assautul Azam Jamhor menyamakan kedudukan 5 minit sebelum tamat aksi babak pertama. Skuad Seladang kemudiannya sekali lagi mendahului pada minit ke-56 sebelum jaringan lewat permainan oleh Megat memastikan Selangor pulang dengan 1 mata berharga.
Selangor berjaya mencatat kemenangan kedua dalam kempen Piala Presiden musim ini apabila menewaskan Pulau Pinang 2-1. Walaupun ketinggalan menerusi jaringan pasukan tuan rumah pada minit ke-24, Selangor bangkit di separuh masa kedua menerusi dua jaringan pemain gantian, Muhammad Nazrul Kamaruzaman pada minit ke-64 dan 83.
Selangor tewas kepada Negeri Sembilan 0-1 dalam perlawanan ketiga Piala Presiden di Shah Alam petang tadi. Walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan, tuan rumah gagal menyempurnakan banyak peluang yang terhidang sebelum dihukum dengan gol tunggal perlawanan melalui serangan balas pantas.
Selangor yang terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah ketua pasukan Muhammad Ariff Zulkifly dilayangkan kad merah pada minit ke-73 bangkit dari ketinggalan 1-2 untuk menjaringkan dua gol dalam tempoh 10 minit terakhir seterusnya mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas tuan rumah, Pahang.
Gol-gol Selangor dijaringkan oleh Ibrahim Syaihul (24, 85) dan Wong Kah Heng (m-84).
Selangor memulakan aksi Piala Presiden 2012 dengan seri 1-1 dengan Sarawak dalam perlawanan yang berlangsung di Padang SUK, Shah Alam. Selangor terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-6 menerusi pemain sayap kiri, K. Satish sebelum pasukan pelawat menyamakan kedudukan menerusi Ahmad Mubin Hamlet pada minit ke-45 hasil kelekaan barisan pertahanan.
Perlawanan terhenti seketika pada minit ke-70 akibat hujan lebat, namun disambung semula 15 minit kemudian.
Walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan, Selangor gagal menambah jaringan dan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.
SELANGOR: Mohamad Faiz Abdul Khalid (PG), Ahmad Faizal Sumar, Muhammad Ariff Zulkifly, Assautul Azam Jamsar (Khishan Raj a/l Mohana Raj), Muhammad Nazrul Kamaruzzaman, Mohd Arip Amiruddin, Mohammad Rafiq Shah Mohammad Zaim, Muhammad Afif Asyraf Muhammad Halil (Muhamad Hafiz Mohd Johar), Ibrahim Syaihul, Satish a/l Krishnan (Muhammad Nazreen Shah Mohammad Nazri), Megat Ahmad Zakwan Megat Ahmad Azizuddin (Wong Kah Heng)