Dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (Almarhum) pada 16 Julai 1994, Stadium Shah Alam merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Shah Alam yang terdiri daripada Stadium Malawati (Stadium Tertutup), Pusat Akuatik Darul Ehsan dan Shah Alam Extreme Park.

Berkapasiti 80,000 penonton, selain daripada menjadi gelanggang utama skuad Gergasi Merah, stadium ini turut menjadi gelanggang Kejohanan Piala Belia Dunia 1997, Pestabola Merdeka 2007, Champions Youth Cup 2007, Sukan Sea 2001, SUKMA 1998, perlawanan akhir Piala Malaysia 1994-1997 & 2012 serta perlawanan akhir Piala FA 2005 dan 2008.

{gallery}stadium:::0{/gallery}