Sejarah FAS

1936
  • 18
    Di sini segalanya bermula 02/1936

    18/02/1936 - Penubuhan FAS

    Persatuan Bolasepak Selangor ditubuhkan secara rasmi hasil gabungan FAS dan Selangor Football Association League (SAFL)

  • 02
      10/1948

    02/10/1948 - Final pertama selepas perang

    Selangor mara ke final Piala Malaya 1948 yang terhenti selama 6 tahun akibat Perang Dunia Kedua namun tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan ulangan yang berlangsung di Padang Victoria Institution, Kuala Lumpur. Final asal di Padang Stesyen Keretapi Seremban berkesudahan seri 1-1

  • 19
    Merdeka! Merdeka! Merdeka! 10/1957

    19/10/1957 - Final sulung di Stadium Merdeka

    Stadium Merdeka yang siap menjelang kemerdekaan negara digunakan buat pertama kali untuk final Piala Malaya di antara penyandang juara Selangor dengan Perak di samping turut diadili pengadil Melayu pertama, Mansor Haji Abu Bakar (Pulau Pinang). Selangor bagaimanapun tewas 2-3.

  • 24
      06/1973

    24/06/1973 - Perasmian Bangunan Wisma FAS

    DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Idris Shah merasmikan bangunan baru Wisma FAS di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur

  • 22
      06/1975

    22/06/1975 - Selangor beraksi di Kota Raja

    Hampir 10,000 penonton menyaksikan perlawanan Zon Utara Piala Malaysia 1975 di antara Selangor bertemu Perak yang dilangsungkan di Stadium Kota Raja, Klang berikutan Stadium Merdeka ditutup sementara bagi tujuan penyediaan gelanggang tinju melibatkan juara dunia Muhammad Ali menentang Joe Bugner pada 1 Julai