15

Mohd Raimi Md Nor

15

Mohd Raimi Md Nor

Tinggi
172
Berat
63
Umur
32
Tarikh Lahir
April 4, 1986
Pasukan Terdahulu
Warganegara
mas Malaysia
Posisi
PERTAHANAN

Mohd Raimi Md Noor membuat penampilan pertama dengan skuad senior Selangor apabila masuk menggantikan Razman Roslan dalam perlawanan Liga Premier menentang MK Land pada 11 Julai 2005 ketika berusia 21 tahun. Namun peluang terhad di dalam kesebelasan utama membawanya berkelana serata Lembah Kelang sebelum kembali menyertai Selangor pada permulaan musim 2013.

Mempunyai sepakan kaki kiri jarak jauh yang deras, Raimi turut boleh mengambil sepakan penalti dan percuma yang baik, kelebihan yang jarang dimanfaatkan di Selangor kerana deretan pemain lebih senior yang mempunyai keupayaan serupa.

Anak kelahiran Melaka ini mula bermain bersama Selangor sejak dari peringkat MSSM, malah Raimi membantu Merah Kuning melakar kejuaraan MSSM 2003 di samping terpilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Raimi diserap ke dalam skuad Piala Belia B-19 Selangor di tahun berikutnya yang berakhir dengan medal naib juara 2005.

Walaupun kecewa kerana terkandas di peringkat separuh akhir sahaja ketika mewakili skuad Piala Presiden Selangor pada musim 2006, keluarga Md Nor mencoret kenangan manis apabila adik Raimi, Mohd Rizzat Md Nor menyertai abangnya beraksi di dalam skuad yang sama.

Raimi mencipta sejarah peribadi pada Mac 2007 apabila bersama-sama rakan-rakan sepasukan Piala Presiden Selangor – Lukhman Noor Hakim Borhan Jaafar, Fauzan Dzulkifli dan Wan Hoesne Wan Hussain dibawa oleh Adidas Asia Tenggara ke Chiang Mai, Thailand untuk beraksi bersama bintang legenda Perancis, Zinedine Zidane dalam perlawanan amal “Perlawanan Mustahil Adidas” antara Predator FC dengan F50 Tunit FC.

Bermain untuk KL Plus pada musim 2008 dan 2009, Raimi menyertai pasukan Kuala Lumpur pada 2010 sebelum bersama rakan sepasukan Shahrudin Yakup ke Sime Darby 2011. Jodoh bersama pasukan kelab itu hanya semusim apabila Raimi sekali lagi berpindah pasukan, kali ini ke Felda United di musim 2012.