FAS Harap Penyokong Beri Kerjasama

Thursday, 12 February 2009 22:35
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Hamidin Mohd Amin kesal dengan insiden membaling mercun di Stadium Shah Alam ketika saingan Liga Super di antara Selangor dan Perlis, Selasa lalu.

"Sepatutnya ia tidak berlaku. Penonton sepatutnya sedar bahawa perbuatan membaling mercun atau seumpama dengannya adalah satu kesalahan dan ia boleh membawa kecederaan kepada penonton lain terutama kanak-kanak malah mercun tidak sepatutnya dibawa masuk ke dalam stadium.

"Saya berharap insiden itu adalah yang pertama dan terakhir berlaku di Stadium Shah Alam. Kami di FAS mengharapkan setiap penonton supaya lebih berdisiplin selepas ini dan saya yakin, peminat setia skuad Selangor tidak akan melakukan perkara sebegitu.

“Jika ada penonton yang sengaja ingin memberikan masalah dan membuat kacau dengan membaling mercun maka kerjasama dari semua penyokong untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa adalah amat diperlukan.

"Bagi saya, insiden ini adalah kes terpencil dan kepada semua pihak, kami di FAS memohon maaf di atas kesulitan itu. Memang sukar bagi mana-mana pihak untuk memantau setiap apa yang dibawa penonton dan ia adalah masalah kesedaran individu itu sendiri.

"Banyak lagi perlawanan membabitkan skuad Selangor di Stadium Shah Alam dan saya sangat-sangat berharap ia akan berlangsung dalam suasana yang penuh dengan semangat kesukanan," kata Hamidin.

Individu yang terbabit membaling mercun hingga sampai ke tepi garisan padang ketika perlawanan masih di babak pertama itu ditahan serta merta oleh pihak berkuasa yang terlihat perbuatannya itu.

Dia sudah didakwa di mahkamah dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM80.
 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events