Bambang, Elie sah beraksi Jumaat ini

Tuesday, 28 July 2009 10:40

DUA pemain import Selangor dari Indonesia, Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy disahkan akan menyarung jersi Selangor untuk bertemu kelab Indonesia, Persib Bandung pada perlawanan Piala Selangor 2009 di Stadium Shah Alam Jumaat ini.

"Bambang sudah tiba di Kuala Lumpur hari ini (Selasa) manakala Elie akan tiba pagi esok (Rabu).

"Jadi kedua-dua pemain ini sah akan beraksi bertemu Persib Bandung pada Jumaat ini," kata Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd. Amin.

Kelibat Bambang dan Elie pasti dirindui para penyokong Selangor kerana mereka berdua telah membantu Red Giants memenangi tiga piala iaitu Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia pada musim 2005.

Bambang dan Elie beraksi bersama Selangor pada 2005 dan 2006 tetapi Elie kembali menyarung jersi Selangor musim lalu.

Bambang, 29, kini mewakili Persija Jakarta manakala Elie, 30, bersama PSMS Medan. Hamidin turut memberitahu, pasukan lawan iaitu Persib Bandung dijangka akan tiba pada tengah hari esok (Rabu).

Bagi para penyokong yang berhasrat menyaksikan kelibat Bambang dan Elie, mereka boleh membeli tiket perlawanan tersebut di kaunter Stadium Shah Alam mulai pagi esok (Rabu).

"Tiket-tiket berharga RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) akan dijual di pintu utama stadium bermula 29 Julai (Rabu) hingga 31 Julai (Jumaat) iaitu dari 9 pagi hingga 7 malam," jelas Hamidin.

Perlawanan Piala Selangor 2009 antara Selangor bertemu Persib Bandung itu akan berlangsung Jumaat ini di Stadium Shah Alam dengan sepak mulanya pada pukul 8.45 malam.

 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events