Pos Malaysia 1 Selangor 5

Tuesday, 09 March 2010 19:57

SELANGOR mendapat bekalan selesa dari tempat lawan setelah mudah membelasah Pos Malaysia 5-1 pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2010 di Stadium Selayang malam tadi.

Dua jaringan daripada Amri Yahyah dan Rudie Ramli serta satu jaringan Safee Sali meletakkan Selangor kini sudah sebelah kaki melangkah ke separuh akhir bertemu sama ada KL Plus atau Negeri Sembilan.

Namun Selangor yang berstatus juara bertahan masih perlu mengharungi baki 90 minit perlawanan suku akhir kedua yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Mac depan.

Pada perlawanan malam tadi, Selangor jelas berkedudukan selesa sepanjang separuh masa pertama setelah mendahului Pos Malaysia 3-0.

Biarpun berjaya menguasai permainan, Selangor hanya membuka tirai jaringan pada minit ke-21 menerusi Amri yang melepaskan rembatan kencang dari dalam kotak penalti.

Gol kedua Selangor menyusul pada minit ke-26 setelah hantaran lintang Amirulhadi Zainal dari sebelah kanan gagal ditangkap kemas penjaga gol Pos Malaysia, Shahruddin Ismail dan Amri pantas menolak bola ke gawang.

Amri terus bertindak cemerlang apabila melorongkan pula bola buat Safee Sali yang pantas menjolok bola ke gawang Pos Malaysia untuk gol ketiga Selangor pada minit ke-41.

Namun Amri gagal melengkapkan hatrik setelah tandukannya hasil sepakan percuma Safiq Rahim berjaya diselamatkan Shahruddin pada masa kecederaan babak pertama.

Separuh masa kedua, Selangor mengeluarkan Amri pada minit ke-65 bagi memastikan dia terus cergas untuk perlawanan berikutnya dan memasukkan Rudie Ramli.

Ternyata Rudie berjaya membalas kepercayaan jurulatih Selangor, K. Devan apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-69 setelah menerima hantaran Safiq dari sebelah kiri.

Selesa mendahului 4-0, Selangor terus merehatkan pemainnya dengan Safee dan Hardi Jaafar dikeluarkan. Liew Kit Kong dan Asraruddin Putra Omar masuk sebagai pengganti.

Namun kelekaan benteng pertahanan Selangor dihukum tuan rumah apabila pemain gantian, Khairul Zal Azmi berjaya merembat masuk gol pertama Pos Malaysia pada minit ke-77.

Bagaimanapun hanya seminit kemudian, Selangor menambah gol kelima setelah Rudie berjaya menanduk masuk bola hantaran lintang Amirulhadi dari sebelah kanan.

Pada minit ke-81, Selangor sepatutnya sudah memperolehi gol keenam tetapi Amirulhadi yang hanya perlu menolak masuk ke gawang kosong memilih untuk menyepak tinggi melepasi palang.

Tamat perlawanan, Selangor mencatat kemenangan 5-1.

Jumaat ini, Selangor akan bertemu Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu untuk aksi Liga Super yang diawalkan sehari.

Ini kerana, Selangor selepas itu akan bertandang pula ke Palembang, Indonesia untuk bertemu Sriwijaya FC pada saingan Piala AFC 2010, Selasa depan.

POS MALAYSIA: 22.Shahruddin Ismail, 4.Khairul Zambry Zulkeply, 6.Fadhullah Yunfisar (c) (18.Roslan Basiron), 15.Azirol Ramli, 21.Faizal Nasir, 19.G.Puaneswaran, 8.Rahim Abu Bakar, 16.Arman Zairi Md Johan, 23.Zafran Olibullah (13.Hafizi Aminuddin), 7.Hanifuddin Abd Rahman, 9.Ahmad Sawai Din (12.Khairul Zal Azmi).

Simpanan tidak digunakan: 25.Badrol Hanafi Ali, 3.Shahrul Ab Aziz, 14.Hafiz Mahadi, 17.Hasrul Abu Bakar.

SELANGOR: 21.Hamsani Ahmad, 3.Razman Roslan, 5.Khairul Anuar Baharum, 6.Nasriq Baharom, 15.P.Gunalan, 20.Amirulhadi Zainal, 12.Bunyamin Umar, 14.Hardi Jaafar (4.Asraruddin Putra Omar), 8.Safiq Rahim, 17.Amri Yahyah (c) (9.Rudie Ramli), 10.Safee Sali (18.Liew Kit Kong).

Simpanan tidak digunakan: 1.Fairul Azwan Shahrullail, 23.R.Surendren, 19.D.Surendran, 25.Fazilidin Khalid.

PENGADIL: R.Krishnan

Selangor

Lagi gambar dari perlawanan Selangor lawan Pos Malaysia>> KLIK DI SINI

 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events