Selangor 6 Johor 0

Wednesday, 27 January 2010 00:58

SELANGOR mempamerkan semula kegarangan mereka apabila membelasah Johor 6-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Setelah tewas 0-4 kepada Terengganu Sabtu lalu, kemenangan ke atas Johor ini membolehkan Selangor kekal di tangga teratas liga dengan 15 mata selepas enam perlawanan.

Amirulhadi Zainal dan Safee Sali masing-masing menjaringkan dua gol manakala Razman Roslan dan Safiq Rahim menyumbang baki dua gol Selangor.

Beraksi di hadapan kira-kira 5,00 penyokong sendiri, Selangor membuka tirai jaringan seawal minit ke-5 apabila Amirulhadi melakukan lambungan cantik selepas menerima hantaran Nasriq Baharom.

Kelekaan Razman pada minit ke-25 hampir memerangkap Selangor tetapi percubaan penyerang Johor, Fahian Roslan sekadar menggegar tiang gol.

Selangor berpeluang menambah jaringan pada minit ke-29, namun rembatan kencang P. Gunalan dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar penjaga gol Johor, Amron Jaihan.

Gol kedua Selangor akhirnya menjelma pada minit ke-31 menerusi percubaan kemas Safee dari luar kotak penalti yang tepat menuju penjuru kiri gawang Johor.

Safee meledak gol kedua peribadinya yang juga gol ketiga Selangor pada minit ke-42 menerusi sepakan kaki kiri lencong dari luar kotak penalti hasil lorongan Amirulhadi.

Selesa mendahului 3-0, Selangor tidak melakukan sebarang pertukaran sebaik babak kedua bermula dengan terus menyerang bagi mencari tambahan gol.

Hasilnya gol keempat Selangor menyusul pada minit ke-52 menerusi penyudah kemas Razman dari dalam kotak penalti.

Pada minit ke-60 barulah jurulatih Selangor, K. Devan melakukan dua pertukaran serentak dengan memasukkan Azrine Efendy Saduddin dan D. Surendran menggantikan Liew Kit Kong dan Razman.

Safee berpeluang mendapatkan hatrik pada minit ke-68 tetapi percubaannya pada situasi satu lawan satu berjaya dihadang penjaga gol Johor sebelum rembatan susulan Amirulhadi sedikit melepasi palang.

Johor pula memiliki peluang terbaik apabila rembatan Adib Aizuddin Ab. Latif menggegar palang gol Selangor pada minit ke-71.

Selangor melengkapkan pertukaran pemain dengan membawa masuk Rudie Ramli untuk merehatkan Safee pada minit ke-73.

Namun keghairahan Selangor tidak terhenti di situ apabila mereka berjaya menambah dua lagi gol pada baki enam minit terakhir.

Gol kelima Selangor dihasilkan pada minit ke-84 selepas Amirulhadi menanduk masuk bola sepakan sudut.

Manakala gol keenam djaringkan Safiq hasil sepakan percuma dari sebelah kiri yang telah tertumbuk masuk ke gawang sendiri oleh penjaga gol Johor pada minit ke-88.

Selangor akan bertandang ke Kangar pada Sabtu ini untuk perlawanan ketujuh Liga Super bertemu Perlis.

SELANGOR: 21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan (19-D.Surendran), 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 20-Amirulhadi Zainal, 8-Safiq Rahim, 14-Hardi Jaafar, 18-Liew Kit Kong (16-Azrine Efendy Saduddin), 17-Amri Yahyah (c), 10-Safee Sali (9-Rudie Ramli).

Pemain simpanan tidak digunakan: 22-Iqbal Suhaimi, 4-Asraruddin Putra Omar, 12-Bunyamin Umar, 24-Fitri Shazwan Raduwan.

JOHOR: 22-Amron Jaihan, 3-Hishamuddin Othman (5-Ismail Suboh), 4-Adib Aizuddin Ab. Latif, 6-Rezuan Radzy, 15-Razdi Jasman, 16-K.Puvinderan Naidu (9-Rosiful Nizam Omar), 17-Fahian Roslan, 18-L.Rajesh, 19-Shaharuddin Abd. Kadir, 23-Irfan Abd. Ghani (c) (2-S.Kumaresan), 24-Shoufiq Kusaini.

Pemain simpanan tidak digunakan: 25-Faizal Yusof, 7-Azmi Sarmin, 20-Rudi Ezuan Omar, 21-N.Dhurai.

PENGADIL: R. Krishnan

Selangor

Lagi gambar dari perlawanan Selangor - Johor >> KLIK DI SINI

 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Fri, 12 Mar 2010 20:45 
Liga Super 2010
Kelantan
Kelantan
: Selangor
Selangor
()
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Fri, March 12, 2010
20:45 Kelantan - Selangor :
KEDUDUKAN
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor971123:722
Terengganu852116:417
Johor FC851210:716
Kelantan843111:315
Kedah841311:813
Kedudukan penuh

Diari FAS

No current events.