Terengganu 4 Selangor 0

Saturday, 23 January 2010 16:14

REKOD bersih Selangor akhirnya lebur setelah tewas 0-4 kepada Terengganu pada aksi kelima Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Kekalahan itu memadam aksi cemerlang Selangor sebelum ini yang berjaya menewaskan Negeri Sembilan 2-1, Kuala Lumpur 4-1, KL Plus 1-0 dan Pahang 4-0.

Namun Selangor masih kekal berada di tangga teratas Liga Super dengan berkelebihan satu mata berbanding Terengganu.

Dua jaringan penalti Ashaari Samsudin pada minit ke-33 dan 90 serta gol sumbangan Abdul Manaf Mamat minit ke-10 dan Josep Kalang Tie minit ke-75 memastikan Terengganu kini menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum tewas.

Terengganu hanya memerlukan 10 minit untuk mendahului Selangor apabila Abdul Manaf merembat masuk gol pertama selepas menerima lorongan cantik daripada Ashaari.

Pada minit ke-32, Terengganu berjaya memperolehi sepakan penalti setelah Abdul Manaf dijatuhkan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Ashaari yang mengambil sepakan penalti itu seminit kemudian mudah menewaskan Hamsani yang merebahkan diri pada arah berlainan untuk Terengganu selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Babak kedua bermula, Selangor serta merta memasukkan Liew Kit Kong menggantikan Bunyamin Umar bagi memperkuatkan jentera serangan mereka.

Terengganu pula membawa masuk Josep Kalang lima minit selepas babak kedua berlangsung bagi menggantikan K. Rajan manakala Selangor memasukkan Asraruddin Putra Omar menggantikan Amirulhadi Zainal pada minit ke-62.

Namun kedudukan 2-0 masih kekal sehingga memaksa jurulatih Selangor, K. Devan membawa masuk supersub mereka, R. Surendren pada minit ke-66 bagi menggantikan Safee Sali.

Malangnya perancangan Selangor itu terjejas apabila Surendren mengalami kecederaan lima minit kemudian sehingga memaksa Red Giants beraksi 10 pemain untuk baki perlawanan.

Terengganu memanfaatkan kelebihan itu dan mereka berjaya mematikan semangat juang Selangor apabila menjaringkan gol keempat menerusi Josep Kalang pada minit ke-75.

Ashaari melengkapkan kemenangan bergaya anak-anak buah Irfan Bakti itu dengan menjaringkan gol keempat menerusi sepakan penalti pada minit ke-90 setelah bola terkena tangan Asraruddin.

Selangor selepas ini akan menanti kunjungan Johor di Stadium Shah Alam pada Selasa ini.

TERENGGANU: 25-Sharbinee Allawee Ramli, 3-Muhaimin Omar, 17-Marzuki Yusof (c), 11-Ronny Harun, 21-Helmi Remli, 19-K.Rajan (12-Josep Kalang Tie), 16-Tengku Hasbullah Raja Hassan, 7-Zairo Anuar Zalani (15-Tengku Hazman Raja Hassan), 8-Firdaus Faudzi (9-Wan Aliff Wan Jasmi), 22-Ashaari Samsudin, 10-Abdul Manaf Mamat.

SELANGOR: 21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 17-Amri Yahyah (c), 12-Bunyamin Umar (18-Liew Kit Kong), 14-Hardi Jaafar, 20-Amirulhadi Zainal (4-Asraruddin Putra Omar), 8-Safiq Rahim, 10-Safee Sali (23-R.Surendren)

 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events