Selangor 4 Pahang 0

Tuesday, 19 January 2010 18:55

SELANGOR terus gah dengan rekod kemenangan bersih musim ini apabila dengan mudah berjaya menewaskan Pahang 4-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dengan kemenangan tersebut, Selangor kekal di tangga teratas Liga Super dengan 12 mata maksimum selepas empat perlawanan.

Dua gol Selangor dijaringkan oleh supersub, R. Surendren manakala Safee Sali dan Safiq Rahim masing-masing meledak satu gol.

Beraksi di hadapan kira-kira 10,000 penyokong sendiri, Selangor berjaya mendahului 1-0 pada separuh masa pertama selepas Safee menyumbat gol pertama pada minit ke-34.

Gol berpunca daripada rembatan kencang D. Surendran dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Pahang, Wan Azraie Wan Teh dan bola muntah tersebut berjaya disambar pantas oleh Safee.

Babak kedua bermula, Selangor tidak perlu menunggu lama apabila berjaya memperolehi gol kedua menerusi tolakan Safiq pada minit ke-55 selepas dia berlari pantas menyambut bola hantaran Amri Yahyah dari sebelah kanan.

Tidak cukup dengan dua gol itu, jurulatih Selangor, K. Devan membawa masuk Liew Kit Kong menggantikan D. Surendran pada minit ke-63 sebelum memasukkan supersub berbahaya, R. Surendren seminit kemudian bagi menggantikan Rudie Ramli.

Hanya seminit selepas dimasukkan, Surendren berjaya menghadiahkan sepakan penalti buat Selangor apabila dia dijatuhkan pemain pertahanan Pahang, Nik Zul Aziz Nawawi.

Namun Razman Roslan yang ditugaskan mengambil sepakan penalti pada minit ke-67 itu gagal menyempurnakan tugas tersebut setelah sepakannya ke sebelah kanan berjaya ditepis keluar oleh Wan Azraei.

Bagaimanapun, ia tidak menyentap semangat Selangor yang terus mengasak kubu Pahang yang dibimbing bekas jurulatih Selangor, Dollah Salleh.

Gol ketiga Selangor akhirnya menjelma pada minit ke-76 setelah Surendren berjaya menolak masuk bola kuisan Kit Kong dari sebelah kiri.

Surendren kemudian menambah gol kedua peribadinya dan gol keempat Selangor pada minit ke-82 setelah dia bijak menyempurnakan lorongan bola daripada seorang lagi pemain gantian, Amirulhadi Zainal.

Selangor selepas ini akan bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu untuk menentang pasukan Terengganu pada Sabtu ini.

SELANGOR: 21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 19-D.Surendran (18-Liew Kit Kong), 8-Safiq Rahim, 14-Hardi Jaafar, 9-Rudie Ramli (23-R.Surendren), 17-Amri Yahyah (c) (20-Amirulhadi Zainal), 10-Safee Sali.

Pemain Simpanan Tidak Digunakan: 22-Iqbal Suhaimi, 4-Asraruddin Putra Omar, 11-Zaiza Zainal Abidin, 12-Bunyamin Umar.

PAHANG: 22-Wan Azraie Wan Teh, 21-Hasmizan Kamarudin (6-Hazri Rozali), 3-Saiful Nizam Miswan, 4-Fadzirul Zakaria, 5-Nik Zul Aziz Nawawi, 10-Famirul Asraf Sayuti (17-Abdul Rahman Kadir), 2-Jalalludin Jaafar (c), 20-Shahrizan Salleh, 7-R.Surendran (8-Amirullah Abd. Razab), 9-R.Karthigesu, 12-Azammuddin Akil.

Pemain Simpanan Tidak Digunakan:1-Rosfaizul Azuar Ali, 18-Syawal Norsam, 26-Wan Amin Raimi Wan Abdullah, 27-Kamarul Sahzuan Safie.

PENGADIL: Shokri Nor.
 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events