KL Plus 0 Selangor 1

Saturday, 16 January 2010 19:48

JUARA bertahan, Selangor kekal di tangga teratas Liga Super setelah berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas KL Plus di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi.

Jaringan tunggal pemain tengah, Hardi Jaafar pada minit ke-67 sudah cukup untuk memberikan Selangor 9 mata maksimum selepas tiga perlawanan musim ini.

Sepanjang aksi separuh masa pertama di hadapan kira-kira 10,000 penonton yang kebanyakannya penyokong Selangor, kedua-dua pasukan saling melakukan asakan tetapi gagal menghadirkan percubaan berbahaya.

Cuma pada penghujung babak pertama, Selangor dan KL Plus memiliki peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

Pada minit ke-37, rembatan kencang penyerang KL Plus, Fadzli Saari berjaya ditampan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Nizaruddin Yusof yang mahu membuat percubaan susulan gagal melakukan rembatan setelah dipintas terlebih dahulu oleh pertahanan Selangor, Nasriq Baharom.

Ketika permainan memasuki masa kecederaan selama dua minit, tandukan cantik kapten Selangor, Amri Yahyah hasil sepakan sudut Safiq Rahim sekadar tepat untuk menggegar palang gol KL Plus.

Buntu pada babak pertama, kedua-dua pasukan memasuki separuh masa kedua dengan lebih agresif untuk mencari gol.

Pada minit ke-49, KL Plus menerusi satu gerakan menarik nyaris mendapatkan gol tetapi percubaan akhir menerusi Mohd. Lot Abu Hassan dari dalam kotak penalti sempat diselamatkan oleh Hamsani.

Selangor turut memperolehi peluang terbaik menerusi percubaan Safiq dari dalam kotak penalti yang berjaya ditanduk keluar pertahanan KL Plus pada minit ke-53.

Gol Selangor akhirnya muncul pada minit ke-67 berpunca daripada sepakan sudut Safiq yang ditumbuk keluar oleh Faizal.

Hardi yang menunggu di luar kotak penalti melepaskan rembatan kaki kanan yang terbias kaki pertahanan KL Plus sebelum ia melambung ke penjuru gol tanpa sempat diselamatkan oleh Faizal.

Tiga minit kemudian, jurulatih Selangor, K. Devan memasukkan supersub, R. Surendren disusuli Amirulhadi Zainal dan Rudie Ramli.

Namun tiada sebarang tambahan gol berjaya dilakukan Selangor tatkala jentera serangan KL Plus pula terus buntu memburu gol penyamaan.

Selangor selepas ini akan bertemu Pahang di Stadium Shah Alam pada Selasa ini.

KL PLUS: 1-Faizal Rashid, 25-Azi Shahril Azmi, 5-Norhafiz Zamani Misbah, 7-Azrul Azmi, 21-Irwan Fadzli Idrus (c), 12-S.Sumindran (19-Ab. Aziz Ismail), 8-Reeshafiq Alwi, 11-Lot Abu Hassan, 17-Nazrin Nawi (18-Badrul Hisani Abd. Rahman), 10-Nizaruddin Yusof, 20-Fadzli Saari.

Simpanan tidak digunakan: 22-Razi Effendi Suhit, 2-Zaidi Ahmad, 6-Sanjos Sundawat, 13-Es Lizuan Zahid, 14-Rushdee Samsuddin.

SELANGOR: 21-Hamsani Ahmad, 3-Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 18-Liew Kit Kong (23-R.Surendren), 12-Bunyamin Umar, 14-Hardi Jaafar, 17-Amri Yahyah (c) (9-Rudie Ramli), 8-Safiq Rahim, 10-Safee Sali (20-Amirulhadi Zainal).

Simpanan tidak digunakan: 22-Iqbal Suhaimi, 4-Asraruddin Putra Omar, 16-Azrine Effendy Saduddin, 19-D.Surendran.

Pengadil Perlawanan: Ibrahim Mohamad

 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events