SKUAD futsal wanita Selangor yakin mampu untuk muncul juara Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2009.
Saingan pusingan akhir liga berkenaan akan berlangsung selama tiga hari bermula esok (Jumaat) hingga Ahad ini di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.
Lapan pasukan terbaik bagi kategori lelaki dan wanita bakal berentap dengan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.
Skuad futsal wanita Selangor berjuang bersendirian setelah skuad lelaki Selangor gagal ke pusingan akhir apabila sekadar menduduki tangga ketiga daripada empat pasukan dalam Kumpulan B.
Skuad wanita Selangor pula cukup cemerlang apabila menang kesemua enam perlawanan untuk muncul juara Kumpulan D mengetepikan Kedah, MBPJ dan Melaka.
Bagi jurulatih skuad futsal wanita Selangor, Siti Suhaila Mohd. Johari, sasaran mereka pada edisi kali ini ialah untuk muncul juara setelah hanya menduduki tangga keempat keseluruhan pada saingan musim lalu.
"Untuk pusingan akhir ini, Selangor diletakkan sama kumpulan dengan juara bertahan, PDRM, Johor dan MPSJ manakala satu lagi kumpulan membariskan Kuala Lumpur, Figos FC, Kedah dan Sabah.
"Tapi saya yakin dengan barisan 15 pemain yang Selangor ada kali ini, kita mampu menduduki dua tangga teratas untuk layak ke separuh akhir dan seterusnya final.
"Sasaran untuk muncul juara kali ini dibuat berdasarkan kemampuan kami menang kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Tapi kena ingat, bola itu bulat, apa pun boleh terjadi," katanya semalam.
Menurut Siti Suhaila, skuad futsal wanita Selangor itu turut diperkuatkan empat pemain futsal kebangsaan iaitu Rina Jordana Adnan, Shahila Mohd Yunus, Nordiana Abd. Hamid dan Rebecca Jane Harding.
11 pemain lain ialah Zurlinda Abd. Latif, Suriani Ishak, Felicity Agnes Ng, Felicia Adele Ng, Nurul Ashikin Mohd Noor, Nora Abu Dardak, Anies Maizura Ibrahim, Nor Azura Md Ramli, Sarah Margaret Ong Mei Fong, Farah Najihah Abdul Aziz dan Hasuna Noor Azhar.
"Bagi menghadapi pusingan akhir ini, kami telah menjalani latihan intensif sebanyak tiga kali seminggu sejak dua minggu yang lalu bagi memastikan pemain sentiasa berada pada tahap terbaik.
"Bagi jentera serangan, kami pertaruhkan Rina dan Shahila untuk menggegar gawang lawan manakala Nora menjadi tonggak utama pertahanan selain penjaga gol, Zurlinda," jelas jurulatih muda yang baru berusia 31 tahun itu.
JADUAL PERLAWANAN SKUAD FUTSAL WANITA SELANGOR:
(JUMAAT, 1 Januari)
SELANGOR lwn JOHOR (11.20 pagi)
SELANGOR lwn MPSJ (8.50 malam)
(SABTU, 2 Januari)
SELANGOR lwn PDRM (5.20 petang)
(AHAD)
Separuh akhir (11 pagi dan 12 tgh hari)
Final (3 petang)
| Sat, 31 Jul 2010 20:45 | ||
| Liga Super 2010 | ||
Selangor |
: | Terengganu |
| (Stadium Shah Alam) | ||
| Tue, 03 Aug 2010 20:45 | ||
Kedah |
: | Selangor |
| (Stadium Darulaman) | ||
| Wed, July 28, 2010 | ||||||
| 20:45 | Johor | - | Johor FC | 0 | : | 5 |
| 20:45 | Perlis | - | Terengganu | 2 | : | 4 |
| 20:45 | Kedah | - | Pahang | 3 | : | 0 |
| 20:45 | Kelantan | - | KL Plus | 4 | : | 1 |
| 20:45 | Perak | - | Kuala Lumpur | 0 | : | 1 |
| 20:45 | Pulau Pinang | - | Negeri Sembilan | 0 | : | 3 |
| 20:45 | T-Team | - | Selangor | 1 | : | 2 |
| M | W | D | L | F/A | P | ||
| 1 | Selangor | 24 | 19 | 3 | 2 | 60:21 | 60 |
| 2 | Kelantan | 24 | 16 | 7 | 1 | 47:13 | 55 |
| 3 | Terengganu | 24 | 14 | 5 | 5 | 49:25 | 47 |
| 4 | Johor FC | 24 | 13 | 4 | 7 | 43:23 | 43 |
| 5 | Kedah | 24 | 9 | 8 | 7 | 32:22 | 35 |
| Kedudukan penuh |
| M | W | D | L | F/A | P | ||
| 1 | Sriwijaya FC | 6 | 4 | 1 | 1 | 17:3 | 13 |
| 2 | Binh Duong FC | 6 | 4 | 1 | 1 | 14:2 | 13 |
| 3 | Selangor | 6 | 1 | 1 | 4 | 7:16 | 4 |
| 4 | Victory SC | 6 | 1 | 1 | 4 | 2:19 | 4 |
| Kedudukan penuh |
| No events |