Keputusan Liga Futsal Felda/FAM 2009 di Kuala Terengganu

Sunday, 06 December 2009 15:28

SKUAD lelaki Selangor mula mencatat kemenangan sulung manakala skuad wanita Selangor terus gah mengekalkan rekod kemenangan bersih setelah berakhirnya sirkit kedua Liga Futsal Felda/FAM 2009 di Kuala Terengganu petang tadi.

Dalam kategori lelaki, skuad Selangor berjaya menewaskan Kuala Lumpur 4-0 semalam sebelum terikat 1-1 dengan Perak pada perlawanan hari ini.

Mereka yang muncul naib juara musim lalu sebelum ini bermula hambar pada sirkit pertama di Langkawi 14 dan 15 November lalu apabila seri 1-1 dengan Perak dan tewas 1-3 kepada T-Team.

Skuad lelaki Selangor wajib menang pada baki dua perlawanan peringkat Kumpulan B menentang T-Team dan Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada sirkit ketiga di Felda Jengka pada Sabtu dan Ahad ini.

Sementara itu, skuad wanita Selangor pula terus cemerlang apabila mencatat dua kemenangan di Kuala Terengganu dengan menewaskan Melaka 3-0 semalam dan Kedah 3-2 pada perlawanan hari ini.

Pada sirkit pertama di Langkawi tiga minggu lalu, Selangor turut mencatat dua kemenangan apabila menewaskan Kedah 6-1 dan MBPJ 2-0.

Baki dua lagi perlawanan bagi Kumpulan D menyaksikan skuad wanita Selangor itu akan bertemu Melaka dan MBPJ pada sirkit ketiga di Felda Jengka nanti.

Hanya juara dan naib juara dari setiap kumpulan dalam kategori lelaki dan wanita akan layak beraksi pada pusingan akhir yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam pada 1 hingga 3 Januari depan.

FUTSAL LELAKI (Kumpulan B)
P
M
S
K
J
B
PG
Mt
T-Team
4
3
1
0
9
5
4
10
SELANGOR
4
1
2
1
7
5
2
5
Perak
4
0
4
0
5
5
0
4
Kuala Lumpur
4
0
1
3
1
7
-6
1

 

FUTSAL WANITA (Kumpulan D)
P
M
S
K
J
B
PG
Mt
SELANGOR
4
4
0
0
14
3
11
12
MBPJ
4
2
0
2
5
7
-2
6
Melaka
4
1
1
2
4
4
0
4
Kedah
4
0
1
3
4
13
-9
1
 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events