Barisan Selangor 2010

Thursday, 03 December 2009 08:25

PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) telah mengumumkan senarai pemain dan pegawai skuad Liga Super Selangor untuk musim 2010 pada satu sidang media yang berlangsung di Wisma FAS, Kelana Jaya pada Isnin malam (1 Disember 2009).

Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad. Seramai enam pemain baru dibawa masuk iaitu Liew Kit Kong (KM Naza), Farderin Kadir (KM Naza), Bunyamin Umar (UPB-MyTeam), Safiq Rahim (KL Plus), Azrine Efendy Saduddin (Johor) dan Iqbal Suhaimi (Proton FC).

Mereka menyertai 17 pemain lama yang dikekalkan bagi menyaksikan skuad Selangor 2010 mempunyai keseluruhan 23 orang pemain.

Tujuh pemain musim 2009 yang diketepikan ialah K. Nanthakumar, S. Sritharan, Sanjos Sundawat, Nasril Nourdin, Fazli Baharudin, Fadzirul Zakaria dan Fauzan Dzulkifli.

Turut diketepikan ialah pengurus pasukan sejak Jun 2008, Zakaria Ab. Rahim yang diberikan jawatan baru untuk lebih menjurus kepada bahagian pemasaran FAS.

Tugas pengurus pasukan kini digalas K. Devan yang juga merupakan ketua jurulatih Selangor.

Berikut ialah barisan pemain & pegawai skuad Liga Super Selangor 2010:

  • Pengurus/Ketua jurulatih: K. Devan
  • Penolong jurulatih/Koordinator: Mohd. Rosedy Mohd. Nadzir
  • Penolong jurulatih: P. Maniam
  • Jurulatih penjaga gol: Azmin Azram Abdul Aziz
  • Jurulatih kecergasan: M. Dharmendra
  • Fisioterapis: Zainuddin Zakaria
  • Masseur/Kitman: Othman Saad
  • Kitman: Rahim Mohamad
    Pemain-pemain:
  • Fairul Azwan Shahrullai (1)
  • Razman Roslan (3)
  • Asraruddin Putra Omar (4)
  • Khairul Anuar Baharum (5)
  • Nasriq Baharom (6)
  • Farderin Kadir (7)
  • Safiq Rahim (8)
  • Rudie Ramli (9)
  • Safee Sali (10)
  • Zaiza Zainal Abidin (11)
  • Bunyamin Umar (12)
  • Hardi Jaafar (14)
  • P. Gunalan (15)
  • Azrine Efendy Saduddin (16)
  • Amri Yahyah (17)
  • Liew Kit Kong (18)
  • D. Surendran (19)
  • Amirulhadi Zainal (20)
  • Hamsani Ahmad (21)
  • Iqbal Suhaimi (22)
  • R. Surendren (23)
  • Fitri Shazwan Raduwan (24)
  • Fazilidin Khalid (25)
* Nombor jersi dalam kurungan
 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events