BUKAN mudah untuk mencari seorang individu yang benar-benar ikhlas dan cekal dalam setiap kerja yang dilakukan tetapi nilai-nilai positif itu seakan sesuatu yang tidak pernah lekang daripada sanubari Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dato' Hamidin Hj. Mohd Amin.
Manakan tidak, sebutlah nama beliau dan tidak ada warga yang terbabit secara langsung di dalam arena bola sepak tempatan yang tidak kenal dengan individu itu dan hakikat bahawa Hamidin adalah salah seorang personaliti bola sepak yang popular tidak akan mampu disanggah.
Menyedari bahawa beliau selama ini tidak pernah gagal untuk mengabdikan dirinya demi kemajuan bola sepak di Selangor khususnya dan negara amnya, maka sempena ulang tahun kelahiran Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-79, Hamidin dianugerahkan dengan gelaran Dato'.
Ironinya, Sultan Ahmad Shah adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan sangat wajar bagi baginda mengakui sumbangan besar yang pernah dan sedang dilakukan Hamidin di dalam arena bola sepak negara.
Sepanjang 73 tahun penubuhan FAS, Hamidin adalah satu-satunya Setiausaha Agung yang bergelar Dato' dan Timbalan Presiden, Datuk Mokhtar Ahmad berkata, Hamidin memang layak dan berhak untuk menerima pengiktirafan serta anugerah seperti itu.
"Saya mengenali Hamidin sejak 1998 dan saya mula mengagumi peribadi yang ditonjolkan. Bagi saya, Hamidin adalah seorang individu yang mempunyai banyak nilai positif di dalam dirinya dan beliau sering menjadikan tugasnya sebagai keutamaan.
"Sukar bagi saya untuk membandingkan dirinya dengan orang lain kerana Hamidin mempunyai kelasnya yang tersendiri dan tidak mungkin dapat ditandingi oleh orang lain. Saya selaku Timbalan Presiden FAS turut berbangga kerana segala usaha yang beliau lakukan, mendapat pengiktirafan oleh Tuanku Sultan Pahang," katanya.
Naib Presiden FAS, K Palanisamy pula berkata, Hamidin adalah satu-satunya pegawai dari FAS yang mendapat pengiktirafan daripada pemerintah negeri lain dan itulah yang membuatkan beliau turut berbangga mempunyai rakan seperti Hamidin.
"Sebagai salah seorang rakan beliau, saya mengucapkan tahniah dan saya sangat-sangat bangga apabila semua usaha dan kerja beliau selama ini akhirnya mula diiktiraf," katanya.
Bagi Bendahari FAS, S Sivasundaram pula berpendapat, gelaran yang diterima Hamidin itu akan merangsangkan lagi semangat beliau untuk bekerja dan memastikan FAS terus bergelar persatuan bola negeri yang paling konsisten di negara ini.
"Bukan mudah untuk memastikan FAS sentiasa disenangi oleh semua pihak tetapi Hamidin berjaya melakukan perkara itu. Beliau seorang yang kuat bekerja dan beliau sememangnya layak untuk mendapat pengiktirafan berkenaan.
"Kami di FAS serta ahli gabungan akan mengadakan satu majlis untuk meraikan beliau pada hujung Disember ini. Kami juga mahu menyampaikan ucapan terima kasih serta penghargaan kami terhadap semua usaha yang sudah beliau lakukan selama ini.
"Secara peribadi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada beliau atas penganugerahan pingat yang membawa gelaran Dato' kepadanya," katanya.
| Sat, 31 Jul 2010 20:45 | ||
| Liga Super 2010 | ||
Selangor |
: | Terengganu |
| (Stadium Shah Alam) | ||
| Tue, 03 Aug 2010 20:45 | ||
Kedah |
: | Selangor |
| (Stadium Darulaman) | ||
| Wed, July 28, 2010 | ||||||
| 20:45 | Johor | - | Johor FC | 0 | : | 5 |
| 20:45 | Perlis | - | Terengganu | 2 | : | 4 |
| 20:45 | Kedah | - | Pahang | 3 | : | 0 |
| 20:45 | Kelantan | - | KL Plus | 4 | : | 1 |
| 20:45 | Perak | - | Kuala Lumpur | 0 | : | 1 |
| 20:45 | Pulau Pinang | - | Negeri Sembilan | 0 | : | 3 |
| 20:45 | T-Team | - | Selangor | 1 | : | 2 |
| M | W | D | L | F/A | P | ||
| 1 | Selangor | 24 | 19 | 3 | 2 | 60:21 | 60 |
| 2 | Kelantan | 24 | 16 | 7 | 1 | 47:13 | 55 |
| 3 | Terengganu | 24 | 14 | 5 | 5 | 49:25 | 47 |
| 4 | Johor FC | 24 | 13 | 4 | 7 | 43:23 | 43 |
| 5 | Kedah | 24 | 9 | 8 | 7 | 32:22 | 35 |
| Kedudukan penuh |
| M | W | D | L | F/A | P | ||
| 1 | Sriwijaya FC | 6 | 4 | 1 | 1 | 17:3 | 13 |
| 2 | Binh Duong FC | 6 | 4 | 1 | 1 | 14:2 | 13 |
| 3 | Selangor | 6 | 1 | 1 | 4 | 7:16 | 4 |
| 4 | Victory SC | 6 | 1 | 1 | 4 | 2:19 | 4 |
| Kedudukan penuh |
| No events |