Selangor 4 Sabah 1

Wednesday, 07 October 2009 01:35

SELANGOR hanya memerlukan satu mata saja lagi pada baki dua perlawanan Kumpulan D dalam saingan Piala Malaysia 2009 untuk sah ke suku akhir.

Malam tadi, Selangor berjaya menewaskan Sabah 4-1 di Stadium Shah Alam biarpun mereka masih kepenatan setelah tewas 0-3 kepada Singapura pada aksi Piala Sultan Selangor 2009 pada Ahad lalu.

Dengan kemenangan tersebut, Selangor kini mengumpul 12 mata maksimum selepas empat perlawanan meninggalkan Kuala Muda Naza di tangga kedua dengan enam mata serta Sabah dan PDRM dengan tiga mata.

Namun secara perkiraan kasar matematik, Selangor sebenarnya sudah boleh dikatakan layak ke suku akhir kerana Kuala Muda Naza hanya mampu mencapai maksimum 12 mata tetapi Selangor memiliki perbezaan gol yang besar.

Pada perlawanan malam tadi, Selangor terlebih dahulu dikejutkan jaringan pelawat pada minit ke-32 selepas Zainizam Marjan berjaya melepaskan rembatan dari sebelah kiri kotak penalti Selangor yang terus menuju penjuru gawang Selangor yang gagal diselamatkan Hamsani Ahmad.

Selangor berjaya menyamakan kedudukan dua minit sebelum separuh masa pertama berakhir menerusi penyudah akrobatik Amri Yahyah yang melepasi perangkap offside selepas menerima lambungan jauh daripada Khairul Anuar Baharom.

Sebaik babak kedua bermula, Selangor mula menampilkan aksi lebih bertenaga.

Hasilnya pada minit ke-58, Selangor memperolehi gol kedua selepas Safee Sali berjaya menanduk masuk bola hantaran lintang P. Gunalan dari sebelah kiri.

Kedudukan menjadi 3-1 pada minit ke-70 setelah Hardi Jaafar yang menerima bola daripada Amri terus melarikannya ke dalam kotak penalti Sabah sebelum melepaskan sepakan kaki kiri yang gagal diselamatkan penjaga gol lawan.

Ketika permainan berbaki satu minit, Amri menjaringkan gol keempat Selangor dan gol kedua peribadinya apabila bijak mencuit bola melepasi jangkauan penjaga gol Sabah selepas menerima hantaran D. Surendran.

Selangor akan bertemu PDRM di Stadium Selayang Sabtu ini sebelum menutup saingan Kumpulan D bertemu KM Naza di Alor Setar Selasa depan.

SELANGOR: 21.Hamsani Ahmad, 3.Razman Roslan, 5.Khairul Anuar Baharom, 6.Nasriq Baharom, 15.P.Gunalan, 23.R.Surendren (19.D.Surendran), 14.Hardi Jaafar, 28.Zulhisyam Safian, 20.Amirulhadi Zainal (9.Rudie Ramli), 17.Amri Yahyah (c), 10.Safee Sali (8.K.Nanthakumar).

 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events