Selangor 3 PDRM 0

Tuesday, 29 September 2009 23:55

SELANGOR mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Piala Malaysia 2009 selepas berjaya menewaskan PDRM 3-0 pada aksi Kumpulan D di Stadium Shah Alam malam tadi.

Gol-gol Selangor dijaringkan Amirulhadi Zainal pada minit ke-17, Safee Sali minit ke-38 dan Amri Yahyah minit ke-88.

PDRM bagaimanapun terlebih dahulu menguji benteng Selangor pada minit ke-5 tetapi percubaan Fauzi Majid ditepis penjaga gol, Hamsani Ahmad sebelum rembatan susulan Eddy Gapil berjaya dihadang Khairul Anuar Baharom.

Selangor pula memperolehi peluang terbaik pada minit ke-15 menerusi R. Surendren yang merembat deras dari luar kotak penalti tetapi ia berjaya ditepis keluar penjaga gol PDRM, Abd. Rahman Ismail.

Gol pertama Selangor akhirnya muncul dua minit kemudian apabila Amirulhadi mudah merembat leret bola hantaran dari sebelah kanan oleh Amri setelah ia gagal disambut Razman Roslan dan Safee Sali di depan gawang lawan.

PDRM tidak berputus asa dan pada minit ke-34, pemain muda PDRM, Abd. Rayjal Jalil cuba melambungkan bola dari luar kotak penalti namun ia sempat ditolak keluar oleh Hamsani.

Selangor sebaliknya terus selesa dengan gol kedua setelah Safee berjaya melepasi perangkap offside dan membawa lari bola hantaran Hardi Jaafar itu lalu terus melepaskan rembatan kencang menewaskan Abd. Rahman pada minit ke-38.

Safee nyaris menambah jaringan pada minit ke-43 tetapi sepakannya di dalam kotak penalti setelah menerima lambungan Hardi dari sebelah kiri sekadar tepat menuju tiang kanan pintu gol PDRM.

Biarpun selesa mendahului 2-0, Selangor terus menguasai separuh masa kedua dan berusaha untuk menambah jaringan.

Pada minit ke-57, Safee yang berjaya melepasi pertahanan PDRM cuba melorongkan bola ke arah Amri dan Amirulhadi yang berada di depan pintu gol lawan tetapi ia berjaya diselamatkan pemain PDRM, Armanzairi Md. Johan.

Tiga minit kemudian, tuah sekali lagi tidak memihak Safee apabila sepakan cantiknya dari dalam kotak penalti tetap menuju ke arah tiang kanan gawang PDRM ketika Abd. Rahman sudah tertewas.

Jurulatih Selangor, K. Devan membuat dua pertukaran serentak pada minit ke-73 dengan memasukkan Asraruddin Putra Omar dan Rudie Ramli bagi menggantikan Surendren dan Safee.

Kedua-dua pemain gantian itu memperolehi peluang terbaik pada minit ke-78 dan minit ke-82 tetapi sepakan Rudie sedikit tinggi manakala percubaan kaki kiri Asraruddin ditepis keluar penjaga gol PDRM.

Selangor akhirnya berjaya juga memperolehi gol ketiga pada minit ke-88 selepas Amri mudah menolak masuk bola hantaran leret Rudie dari sebelah kiri untuk memberikan kemenangan 3-0 di gelanggang sendiri.

Sementara itu, pada satu lagi perlawanan Kumpulan D, Kuala Muda Naza berjaya menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Selepas dua perlawanan, Selangor unggul di tangga teratas dengan 6 mata diikuti Kuala Muda Naza (3), PDRM (3) dan Sabah (0).

Selangor akan menanti kunjungan Kuala Muda Naza pada perlawanan seterusnya di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.

SELANGOR: 21.Hamsani Ahmad, 3.Razman Roslan, 5.Khairul Anuar Baharom, 6.Nasriq Baharom, 15.P.Gunalan, 23.R.Surendren (4.Asraruddin Putra Omar), 14.Hardi Jaafar (8.K.Nanthakumar), 28.Khairil Anuar Khalid, 20.Amirulhadi Zainal, 17.Amri Yahyah (c), 10.Safee Sali (9.Rudie Ramli).


Jurulatih: K. Devan.

PDRM: 1.Abd. Rahman Ismail, 2.Talfizam Taufik (10.Zamri Omar), 5.Jefery Untam, 7.Elvenson Enson (6.Azrul Azman), 8.Fauzi Majid (c), 11.Khairul Izuan Abdullah, 14.Silvester Sindih, 16.Armanzairi Md. Johan, 17.Eddy Gapil, 24.Faizal Maliki, 27.Abd. Rayjal Jalil (28.Khairol Latif).


Jurulatih: K. Thaiyananthan.

Pengadil:Sukri Abdul Rahman

Selangor
 

PERLAWANAN SETERUSNYA

Sat, 31 Jul 2010 20:45 
Liga Super 2010
Selangor
Selangor
: Terengganu
Terengganu
(Stadium Shah Alam)

Tue, 03 Aug 2010 20:45 
Kedah
Kedah
: Selangor
Selangor
(Stadium Darulaman)
KEPUTUSAN TERKINI
Liga Super 2010
Wed, July 28, 2010
20:45 Johor - Johor FC 0 : 5
20:45 Perlis - Terengganu 2 : 4
20:45 Kedah - Pahang 3 : 0
20:45 Kelantan - KL Plus 4 : 1
20:45 Perak - Kuala Lumpur 0 : 1
20:45 Pulau Pinang - Negeri Sembilan 0 : 3
20:45 T-Team - Selangor 1 : 2
LIGA SUPER
Liga Super 2010
  MWDLF/AP
1 Selangor24193260:2160
Kelantan24167147:1355
Terengganu24145549:2547
Johor FC24134743:2343
Kedah2498732:2235
Kedudukan penuh
PIALA AFC
Piala AFC 2010
  MWDLF/AP
Sriwijaya FC641117:313
Binh Duong FC641114:213
3 Selangor61147:164
Victory SC61142:194
Kedudukan penuh

Diari FAS

No events