Tingkat 2-27 Yayasan FAS Business Avenue, SS7 Jalan Perbandaran, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya03-7803 7054/7105
Contact info
Tingkat 2-27 Yayasan FAS Business Avenue, SS7 Jalan Perbandaran, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya03-7803 7054/7105

Bambang, Elie sah beraksi Jumaat ini

DUA pemain import Selangor dari Indonesia, Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy disahkan akan menyarung jersi Selangor untuk bertemu kelab Indonesia, Persib Bandung pada perlawanan Piala Selangor 2009 di Stadium Shah Alam Jumaat ini.

“Bambang sudah tiba di Kuala Lumpur hari ini (Selasa) manakala Elie akan tiba pagi esok (Rabu).

“Jadi kedua-dua pemain ini sah akan beraksi bertemu Persib Bandung pada Jumaat ini,” kata Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd. Amin.

Kelibat Bambang dan Elie pasti dirindui para penyokong Selangor kerana mereka berdua telah membantu Red Giants memenangi tiga piala iaitu Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia pada musim 2005.

Bambang dan Elie beraksi bersama Selangor pada 2005 dan 2006 tetapi Elie kembali menyarung jersi Selangor musim lalu.

Bambang, 29, kini mewakili Persija Jakarta manakala Elie, 30, bersama PSMS Medan. Hamidin turut memberitahu, pasukan lawan iaitu Persib Bandung dijangka akan tiba pada tengah hari esok (Rabu).

Bagi para penyokong yang berhasrat menyaksikan kelibat Bambang dan Elie, mereka boleh membeli tiket perlawanan tersebut di kaunter Stadium Shah Alam mulai pagi esok (Rabu).

“Tiket-tiket berharga RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) akan dijual di pintu utama stadium bermula 29 Julai (Rabu) hingga 31 Julai (Jumaat) iaitu dari 9 pagi hingga 7 malam,” jelas Hamidin.

Perlawanan Piala Selangor 2009 antara Selangor bertemu Persib Bandung itu akan berlangsung Jumaat ini di Stadium Shah Alam dengan sepak mulanya pada pukul 8.45 malam.

Menu