Selangor dikejutkan Melaka 3-2 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C acara bola sepak lelaki SUKMA XVII Perlis bertempat di Padang Rani, UITM Perlis.

Melaka membuka jaringan seawal minit ke-9 menerusi Muhammad Farhan Hazmi Muhd Nasir sebelum Selangor membalas menerusi Ibrahim Syaihul (m-36) dan J Arvind (m-40).

Bagaimanapun Melaka menambah jaringan menerusi Muhammad Shamerul Abd Aziz (m-46) dan Rahmat Naemat (m-57) untuk mencatat kemenangan.

SELANGOR: 18-Abdul Gafur Samsudin (G), 2-Muhammad Hafiz Mohd Johar (c), 6-Mustakim Mohd Yusof, 7-Mohammad Nor Ubaidullah Abdul Rahman, 8-K Sarkunan, 9-Ibrahim Syaihul, 11-S Ruganthaven, 17-Khusairi Aizad Jamalludin, 21-Muhammad Amirul Syafiq Muhd Isa Sham, 23-Muhammad Ridhwan Johan, 25-J Arvind

Simpanan: 1-Muhammad Solehin (G), 3-Mohd Shafiq Imran Omar, 10-R Thivagar, 12-Muhammad Rizman Mahmud, 14-A Salamon Raj (c), 15-Azrizan Derma Raju, 20-V Sasikumar