Selangor gagal mara ke suku akhir acara bola sepak lelaki SUKMA XVII di Stadium UITM Arau, Perlis selepas tewas 1-3 kepada Wilayah Persekutuan dalam perlawanan Kumpulan C pagi tadi.

Dengan hanya dua pasukan teratas layak ke peringkat seterusnya, Selangor hanya perlu menang selepas kesemua empat pasukan di dalam Kumpulan C mengumpul 3 mata hasil dari satu kemenangan dan satu kekalahan.

Bagaimanapun anak-anak buah Adam Abdullah dikejutkan menerusi jaringan Muhammad Farhan Ab Hamid pada m-44 sebelum lawan menambah dua jaringan menerusi Muhammad Amin Asraf Yaakob (m-50 dan 90) di separuh masa kedua.

Gol saguhati Selangor dijaringkan R Thivagar pada minit ke-81.

SELANGOR: 1-Muhammad Solehin (G), 2-Muhammad Hafiz Mohd Johar, 6-Mustakim Mohd Yusof, 7-Mohammad Nor Ubaidullah Abdul Rahman, 8-K Sarkunan, 9-Ibrahim Syaihul, 11-S Ruganthaven, 12-Muhammad Rizman Mahmud, 14-A Salamon Raj (c), 15-Azrizan Derma Raju, 21-Muhammad Amirul Syafiq Muhd Isa Sham

Simpanan: 3-Mohd Shafiq Imran Omar, 10-R Thivagar, 17-Khusairi Aizad Jamalludin, 18-Abdul Gafur Samsudin (G), 20-V Sasikumar, 23-Muhammad Ridhwan Johan, 25-J Arvind